Wednesday, March 9, 2011

...Indahnya berusrah...

Salam Perjuangan..Setelah 3 hari bermusafir, Alhamdulillah kami sekeluarga selamat tiba di desa yang tercinta pada petang tadi. Ana tidak berniat untuk menceritakan tentang tujuan utama permusafiran itu, akan tetapi sedikit perkongsian tentang peristiwa yang berlaku sewaktu sedang bermusafir.=)

Sebelum kami menuju ke destinasi utama, kami sempat menziarahi ibu saudara ana,adik bongsu abah ana yang menetap di Kulim. Ini adalah tempoh penziarahan yang terdekat kerana sewaktu cuti Raya Cina yang lepas, ana sekeluarga bersama Ayah Andak sekeluarga telah ke sana untuk tujuan ziarah mahabbah usrah..Nikmatnya berusrah..

Memandangkan ada anak saudara ibuku yang turut tinggal di taman perumahan yang sama, maka sempat juga pasangan pensyarah di politeknik itu diziarahi. Aku tidak mengikut ziarah ke rumah sepupuku itu akan tetapi berada di rumah ibu saudaraku untuk menjaga anak-anaknya sewaktu ketiadaan kaum ibu di rumah itu.

Sewaktu kami yang berada di rumah,sambil makan-makan keropok lekor dari Terengganu, aku mengambil peluang untuk bermesra dengan sepupu-sepupu perempuanku yang masih bersekolah rendah, Aeshah Hadiera dan Aliya Mardhiyyah..

" Kak Mie, jom kita sama-sama baca buku nie nak tak?"
(dalam loghat orang Kedah la na..Cek tak reti nak ikut..:)..)
Aku membelek-belek majalah Solusi isu ke 23 itu.. Hati terdetik syukur kerana telah menghadam majalah ilmiah itu sebelum ini..
" Kita buat usrah nak?" Soalku mencetus mahu sepupu comelku itu.
" Usrah tu apa Kak Mie?" tanya Aeshah.
Hmm.. ada ruang untuk dibimbing adik-adik ini..Mungkin boleh didefinasikan dengan maksud yang termudah.
" Usrah nie.. maknanya keluarga.. macam kita semua..dan ia juga bermaksud satu kelompok manusia yang berkumpul atas paksi aqidah dan kebenaran, berkongsi apa sahaja untuk mendekatkan diri dengan Allah, bermatlamat untuk mendapat keredhaanNya.." ujarku.
" Berkongsi apa saja? Maknanya semua ilmu ka Kak Mie? Kak Mie ada usrah ka kat sana?" Aliya pula bertanya.
" Ada.. Kak Mie ada banyak usrah.. hah, kita baca dan fahamkan majalah Solusi ini sebagai silibus usrah kita petang ni nak?" soalku.
"Nak!!!" jawab mereka riang.
Kami sama-sama membaca beberapa tajuk yang mudah difahami oleh anak-anak kecil.Kemudian aku bertanyakan pandangan mereka, tentang apa pengajaran daripada kisah yang telah diceritakan.Alhamdulillah, ruh Usrah yang telah diterapkan oleh pendidik pertamaku, bondaku sewaktu aku masih kecil berjaya dilaksanakan pada sepupu-sepupuku yang tinggal agak jauh dariku. Sepupu-sepupu yang tinggal di Terengganu juga sudah biasa dengan 'halaqah' yang berkongsi banyak nasihat dan cerita daripadaku.

Mendekati adik-adik adalah satu perkara yang mengiburkan hatiku,kerana jiwa yang masih suci itu lebih mudah untuk didekati, lebih mudah untuk dibajai dengan perkara-perkara mahmudah. Indahnya berusrah dengan adik-adik kecilku itu. Usrah berakhir sebelum Maghrib dengan kisah Nabi-Nabi Allah melalui kisah yang tercatat di dalam buku 25 Rasul terbitan Pustaka Salam. Seruku kepada mereka supaya kita mengikut perjuangan Nabi Allah yang telah diwariskan kepada kita. Alhamdulillah, fikrah dan ruh perjuangan itu sudah ada dalam jiwa-jiwa mereka. Mungkin hanya menunggu masa untuk diterjemahkan sahaja.

Indahnya berusrah.. andai pernah lari dari berusrah, maka kembalilah. nikmat berusrah nie, tak dapat digambarkan melalui kata-kata, kerana ia melibatkan soal hati. Ia akan diterjemahkan melalui perilaku dan kehidupan peribadi. Kemudian akan lebih ramai yang akan mengikuti usrah sekiranya makin ramai individu muslim yang berjiwa dai'e. Moga dai'e yang akan lahir pada masa akan datang, ada juga terdiri dalam kalangan ahli keluargaku.

Indahnya berusrah.. Salam dakwah buat adik beradik seperjuangan Khaulah al-Azwar dan anak-anak usrah Durrotu Qolbi.. Biar kita hina di mata manusia, moga-moga kita mulia di sisi Yang Esa..Jumpa lagi Insya Allah..=)

2 comments:

  1. Ucu, 'adik' antunna dgr2nya mcm sdg dilanda mslh..apakata pakat2 gi tnya..=)

    ReplyDelete
  2. dengar2 mcm 2 la..insya Allah, kami akan cuba..

    ReplyDelete