Thursday, March 3, 2011

Catatan teristimewa buat teman sejati..

"Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu.."

Adik-beradik seperjuanganku.. Ketahuilah bahawa sesungguhnya aku rindu untuk turut berjuang bersama kalian.. Diri ini redha walaupun perjuanganku selepas ini sudah tidak ada kalian di sisi.. Jangan bimbang adik-beradikku yang selalu mendokongku, Allah ada bersamaku kerana DIA lah sebaik-baik pemelihara.. Ada hikmah yang bakal tersingkap di sebalik ketentuan ini. Kini, aku percaya, hidup bersama kalian di dalam medan tarbiyah melalui wadah perjuangan yang kita dokong ini ada kemanisannya walaupun lebih banyak kepahitan yang terpaksa ditelan. Kadang-kadang, teman seperjuangan sendiri yang membuat onar kepada kita. Rasa dikhianati bahkan ditikam dari belakang. Akan tetapi, semua itu tarbiyah yang bukan dianugerahkan kepada semua orang. Alhamdulillah..

Teman seaqidahku, perjalanan hidup kita masih panjang. Kita perlu meneruskan apa yang telah kita mulakan hingga ke akhirnya.. Jangan pernah cuba mengelak daripada memikul amanah ini.. Tingkatkan pengorbanan, mantapkan kefahaman dan lapangkan hati untuk menerima semua ujian dalam kehidupan..

Terima kasih teman.. Di saat ramai manusia yang meragui akan kebenaran yang aku pertahankan, kalian memelukku, kata kalian, kami percaya pada ucu.. Kepercayaan itu lahir dari hati yang ikhlas menyayangi diri ini, bukan untuk kepentingan diri dan dunia semata.. Ujian hidup yang aku lalui memberi ruang dan kesempatan untukku mengenal siapa kawan, siapa teman dan siapa lawan.. Kadang-kadang, yang disangka teman, dialah sehebat-hebat lawan.. Benarlah apa yang dipahat oleh kumpulan Hijjaz dalam lagu dunia yang sepi,"Salah yang sikit dibesarkan, yang besar apatah lagi..alangkah sepi dunia ini, walaupun hidup di tengah ramai". Terima kasih Ya Allah, aku sempat mengenali hati budi mereka sebelum mereka meninggalkan bumi tarbiyah itu..

Teringat pula sewaktu beberapa orang teman menahanku sewaktu aku mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian di ipt lain. Saranan daripada beberapa orang pensyarah dan teman.. Aku pun sedikit bingung, kenapa ramai yang suka menceritakan masalahku dan merujuk orang lain, sedangkan aku tidak memintanya.. Sehingga saranan untuk memohon ipt lain juga sampai kepadaku melalui orang yang turut disampaikan saranan tersebut, mungkin tidak mengetahui hakikat yang sebenarnya berlaku padaku.. Mungkin sebab sayang, dan mungkin juga sebaliknya.. Aku cuba bersangka baik, tetapi seandainya ianya berulang saban waktu, hati mana tidak rawan.. Mengalah dalam perjuangan menuntut ilmu Allah di pertengahan jalan.. Sangat buntu ketika itu.. Orang yang paling sabar menasihatiku ialah seorang kakak yang sangat prihatin.. Terima kasih Angah Nur.. Dirinya masih boleh menerima aku walaupun banyak khilaf yang bodoh pernah aku lakukan.. Katanya,' ana masih thiqoh pada Che Wan..' Terima kasih banyak-banyak angah kerana sentiasa sabar melayan kerenah adikmu ini..

Syukur Ya Allah.. Aku dianugerahkan insan-insan yang sangat positif menghadapi takdir untukku yang telah ditentukan olehMu.. Ibu bapaku, adik-beradikku mahupun teman-temanku..

Hatiku hiba, sayu dan terharu apabila ada seorang teman, yang setia bersamaku tatkala aku susah mahupun senang menangis kerana musibah-musibah yang melanda diriku.. Temanku ini bukanlah seorang yang mudah untuk mengalirkan air mata.. Mungkin kerana kami dilahirkan pada bulan kelahiran yang sama, sedikit sebanyak kami saling memahami dan melengkapi.. Air mata menitis lagi tatkala dia menyuapkanku makanan.. Terima kasih buat ucu na dan alongku..

Tidak mampu untuk aku menceritakan semua kebaikan teman-temanku.. Akan tetapi, ketahuilah bahawa hanya Allah yang bisa membalas segala kebaikan kalian terhadap diri ini.. Kalian yang pernah daku menumpang tidur, makan dan study mahupun mengaji di bilik, kalian adalah insan yang bertuah, yang terpilih kerana diriku akan mencari teman yang benar-benar ikhlas menerimaku seadanya.. Aku tidak mendambakan teman yang setia tatkala aku menjadi insan hebat sahaja, tetapi menikam dari belakang, menceritakan segala keaiban diriku apabila diri ini tersungkur lemah.. Terima kasih teman sejatiku.. Terima kasih juga kepada semua teman yang telah mentarbiyah diri ini, sesungguhnya ianya membantu proses kematanganku dalam meneruskan kehidupanku selepas ini.. Terima kasih atas segala-galanya.. Setiap kenangan pahit yang berlaku sepanjang ukhuwwah ini terjalin, aku menganggap ia sebagai ujian dalam persahabatan.. Sungai mana yang tidak berkocak kan teman..?

Salam Sayang Perjuangan buat kalian.. Teruskan perjuangan... Catatan ini tidak berniat untuk membuka keaiban sesiapa, tetapi daku ingin menceritakan sedikit sebanyak kebaikan insan-insan yang terpuji.. Ya Tuhanku Yang Maha Pemurah.. Beri kekuatan jua harapan, membina diri yang lesu tak bermaya, jangan Engkau biarkan ku sendiri...

..Man la yarham la yurham..

No comments:

Post a Comment