Friday, November 11, 2011

November yang bermakna~ Edisi Pertama

Bismillah, walhamdulillah. Terima kasih Allah, kerana masih mengizinkan hambaMU ini kembali mencatat di blog usang ini. Setelah sekian lama, 'amanah' ini terabai dek kerana kealpaan diri sendiri. Allahu Rabbi.. Selawat & salam buat insan yg sentiasa dirindui, Nabi Muhammad insan mulia, penghulu sekalian Nabi..
November 2011, permulaannya sudah diisi dengan kenangan yang membahagiakan. Mengentalkan diri untuk 'sabar' sepanjang tempoh untuk mendapatkan lesen P kereta, agar bisa ku meghimpit di atas jalan raya.. Selama ni, asyik merempit dengan motosikal je.. Masya Allah, kene tajdidikan niat balik ni.. huhu.. Benarlah, jalan menuntut ilmu perlu melalui jalan kehinaan, hati perlu direndahkan, jiwa perlu diperkasakan agar ilmu bisa melekat di dalam hati.. Test JPJ kereta 15hb ni.. Semoga Allah mempermudahkan urusanku.. Amiin..
Eidul Adha disambut dengan penuh keinsafan, bahawa masih belum tinggi 'tadhiyyah' yang dikorbankan untuk perjuangan islam. Allah.. Bantulah aku sekeluarga untuk terus mengorbankan harta, tenaga, jiwa & raga ke jalan yang diredhaiMU..
8 November, episod gembira, yang telah mengembalikan semula senyuman aku, setelah segala persoalan di minda terjawab melalui butir bicara penuh hikmah oleh figur-figur gerakan islam di negeriku yang tercinta ini.. Persoalan tentang wala', ta'at, syura.. Terjawab satu-persatu, melalui persoalan-persoalan yang telah dilontarkan oleh sahabat seperjuangan yang lain.. Masya Allah, hebat rabitah hati pejuang-pejuang muda yang sama-sama berikrar untuk terus berintima' di dalam jemaah ini. Seolah-olah masing-masing juga mempersoalkan isu yang sama walaupun masing-masing datang dari kampus yang berbeza.. Terbaiklah kalian, geng-geng Terengganu Nelang! =)
"Kita pejuang islam, perlu memiliki sensitiviti yang tinggi.. Rasulullah sendiri apabila gembira, Baginda akan tersenyum penuh ceria. Namun, apabila Baginda kecewa & sedih dengan tindak-tanduk para sahabat, muka baginda akan merah padam. Pesanan seorang pimpinan yang amat aku segani, Orang yang tak dok sensor adalah orang yang mati pucuk! Oleh itu, jom sama-sama kita tingkatkan sensitiviti terhadap isu-isu yang berkaitan dengan perjuangan & islam agama tercinta kita."

Antara perkara yang masih menjadi kesamaran kepada ahli gerakan islam ialah, tentang wala' & ta'at. Menurut Ustaz Saiful Bahri bin Mamat, wala' berkaitan dengan aqidah kita. Manakala, ta'at adalah unsur-unsur wala'. Ta'at tidak semestinya wala' akan tetapi, wala' itu semestinya ta'at. Kita hanya boleh menyerahkan wala' kita kepada pemimpin yang benar-benar ta'at kepada Allah dan menolak unsur-unsur kebatilan. Manakala, kita dibolehkan ta'at kepada pemimpin yang berlainan aqidah selagi mana kepimpinan itu tidak mendatangkan mudhorat kepada kesucian agama Islam. Jelas ke? =) Kalau nak tahu lebih mendalam, kita bincang di balik tabir ye.. (T_T)

9 November : Setelah hampir 4 jam berada di sekolah memandu, dengan sesegera mungkin, ambe berusaha untuk mengotakan janji untuk 'dating' bersama dua orang teman yang sanggup datang dari KT untuk turun menziarahi Imtiaz Dungun, tempat jatuh bangun kami.. Nayah & Nik.. Kami berkesempatan menziarahi teman sejati kami, Nur Fadlillah sekeluarga. Kami diraikan dengan penuh kemesraan oleh mereka.. Dan paling tidak dapat dilupakan, seronok dapat solat zohor & makan tengahari secara berjemaah. Apa erti kalu berintima' dengan jemaah, tapi nak solat berjemaah pun berat nanang.. Ye dok? Ni ambe sampaikan pesanang murobbi  ambe je.. ^_^

Para guru di sekolah sempat disantuni, adik-adik juga sempat dimesrai. Alhamdulillah, rezeki kami, langkah kanan kerana Ummi Al-Haddad, cikgu kesayangan yang penuh keibuan mengadakan majlis makan-makan sempena ulangtahun kelahiran puteri bongsu Ummi & Walid.. Puteri Alia Zubaidah sudah berumur 5 tahun.. =) semoga Alia berjaya menjadi mujahidah yang menjunjung kalimah Allah..  Amiin.. =)

terima kasih banyak2 ummi & walid yang sporting.. Sedap yang teramat mi kari hok ummi masok.. :)
Petang itu, Nayah, Nik & ambe sendiri bertolak ke KT. Untuk urusan ziarah mahabbah seterusnya.. Disebabkan kisah kenangan terindah ini teramat banyak isinya, ianya akan bersambung pada episod akan datang.. =) kerana terlalu banyak taujihat yang berjaya dikutip sepanjang permusafiran itu.. Terima kasih Allah.. Terima kasih Ma & Abah kerana percaya kepada puteri bongsu kalian ini, dan mengizinkan diri ini untuk bergiat aktif bersama gerakan..

Terima kasih Nayah, Nik, sekeluarga..
Pengisian usrah bersama Ustaz & Cikgu tersayang berisi penuh ilmiah & mahabbah..
~Kisah ini akan bersambung~ Salam penuh kebahagiaan..