Monday, May 16, 2011

Ke arah Malaysia yang lebih baik!

Marilah kita bersama-sama melaksanakan amar ma'ruf dan nahi mungkar.. Cetuskan kesedaran dalam diri untuk mengubah Malaysia ke arah yang lebih baik!

Tuesday, May 10, 2011

Usahakan namun jangan abaikan keutamaan!

Jodoh? Asyik-asyik cakap pasal jodoh.. Tak ada perkara lain ke nak bincang?.. Eh, mestilah ada.. Macam-macam perkara lagi yang kita perlu fikirkan.. Islam kan syumul.. Pesanan seorang teman rapatku, kita yang masih belum berpunya ni, perlu berdoa bermula dari sekarang, akan tetapi jangan sampai terabai segala keutamaan.. Maknanya, tak salah fikir tentang jodoh, tapi janganlah mengabaikan pelajaran, menggadaikan jalan untuk kita meraih kejayaan.. Fokus pada pelajaran, gerak kerja islam, tanggungjawab kepada keluarga serta berusaha untuk memperbaiki segala kekurangan diri terutamanya berkaitan dengan akhlak.. Pesanan buat diriku, jangan bimbang andainya tidak rupawan, namun risaulah andai dirimu berakhlak murahan.. Salam pencerahan persepsi terhadap makna di sebalik kalimah JODOH..

p/s: syukran jazilan kepada Angah Afnan yang selalu berkongsi nasihat.. Sungguh ku hargainya..=)

Saturday, May 7, 2011

La Tahzan Puteriku..

Assalamu'alaikum.. Alhamdulillah, kita masih diberi ruang oleh Allah untuk terus berbakti kepada agamaNYA.. Mudah-mudahan..
Benarkah dia jodohku? Itu adalah persoalan yang biasa dilontarkan oleh si puteri sunti.. Rasa keliru dengan petunjuk sama ada melalui mimpi, gerak hati mahupun gerak laku si ajnabi.. Ada juga yang bersilih ganti wajah yang hadir dalam mimpi selepas istikharah ditunaikan.. Jangan bimbang puteriku.. Jodohmu akan tiba apabila tiba waktu, tempat dan kondisi yang tepat.. Teruslah berdoa dan berharap kepadaNYA.. Pada saat ini, teruskan langkah perjuanganmu.. Persiapkan dirimu untuk menjadi isteri solehah dengan menjadi anak yang solehah terlebih dahulu.. Tunaikan hak-hak ibu dan bapamu.. Usah diharapkan yang soleh andai dirimu sendiri masih belum melaksanakan pra syarat untuk menjadi hambaNYA yang solehah.. Peliharalah auratmu, tingkah lakumu, pergaulanmu sesama teman-teman..Perteguhkan jati dirimu sebagai mukminah, kelak keperibadianmu itu akan dapat menjadi qudwah kepada anak-anakmu.. Janganlah sedih andai dirimu lambat bertemu jodoh, kerana Allah ingin mengukuhkan kesabaranmu.. Janganlah risau duhai puteri... Teruslah mantap dengan prinsip hidupmu itu, bercinta hanyalah selepas kahwin.. Teruslah menyakini bahawa setiap kebaikan hanya akan dibalas dengan kebaikan juga.. Allah akan membantu hambaNYA yang berusaha menjaga diri, hati dan maruah peribadi.. La tahzan puteriku..

Thursday, May 5, 2011

Bermakna hingga tak terkata!

Salam.. Selamat bertemu kembali di laman peribadi ilmi alfauzani..=)

Hah, apa yang bermakna hingga tak terkata tu?
cube teka.. Apa die? Oklah, macam-macam jawapan ada.. jawapannya... ialah... PENGALAMAN HIDUP.. Hidup kita ada suka, ada duka.. Ada gembira, ada sengsara.. Ada senyuman, ada tangisan.. Ada tawa, ada lara.. Yang pasti, ia sangat bermakna andai segalanya disandarkan kepada Yang Esa.. Bukankah muslim terbaik itu merasakan semua yang baik mahupun yang buruk adalah yang terbaik untuk mereka? Mereka memandang semuanya adalah tarbiyah daripada Allah..hmm.. kita pula bagaimana?
Islam ada roda kehidupannya, dan kita adalah pendokongnya.. Maka sewajarnya kita juga mempunyai roda kehidupan.. Terkadang di atas, di bawah dan akan kembali ke atas semula.. Kalau dulu, kita gagah memimpin, sekarang kita pula perlu akur bahawa kita juga berhak untuk dipimpin..Kalau dulu, kejayaan sudah berada di genggaman, sekarang, kegagalan pula yang terpaksa ditelan.. Kalau dulu, kita selalu merasakan kita yang terbaik,tetapi sekarang, kita perlu sedar bahawa, kita bukanlah insan terbaik, akan tetapi sedang melalui perjalanan hidup dengan sebaik mungkin.

Pengalaman hidup.. Macam-macam ada.. Dari mula dilahirkan sehingga sudah boleh menjadi isteri orang!.. Waktu kecil-kecil dulu, hidup ni semuanya indah.. Lumba basikal sampai tercampak masuk parit, panjat pokok kelapa sampai tak tahu cara nak turun balik, main masak-masak menggunakan tanah, pasir, dan sumber alam sekitar, lompat tingkap rumah tinggi.. macam2 ragam lah aku nie.. Semuanya boleh tahan sakit, tetapi semuanya demi pengalaman hidup.. Sakit, selepas tu sengih.. Rasa seronok bila sakit akibat kenakalan sendiri, sebab kalau tak pernah sakit, susah nak hargai sihat..=) betul tak?..
Kehidupan diteruskan lagi.. Mengembara menerokai alam.. Sangat indah alam yang diciptakan, pasti lebih indah Pemilik Sekalian Alam.. Alam persekolahan rendah dan menengah ditempuh.. terus mengutip mutiara hikmah di sebalik universiti kehidupan.. Sewaktu diberi amanah untuk memimpin, baru tahu betapa sukarnya untuk menjadi pemimpin yang baik.. Tak semudah yang disangka.. Bila nama kita sentiasa dipuji dalam kalangan adik-adik dan rakan seangkatan, terus dicantas dan terasa maruah diri diperkotak-katikkan.. Dihukum selepas membuat penilaian mereka sendiri.. Rasa nak lari dari perjuangan, tapi terkenangkan aku berjuang untuk apa dan kerana siapa, terus terdiam.. Teruskanlah juga walau teman tak sehaluan.. Pandangan tak diraikan.. Segala apa yang dibuat pasti mereka tak berkenan.. Mungkin banyak silap diri sendiri.. Muhasabah! Jangan tunding jari pada orang lain.. Kau ingat kau tu bagus sangat ke Che Wan? Diri sendiri yang ada jawapannya..
Tetapi, Allah ciptakan setiap sesuatu berpasang-pasangan. Bila dikritik, pasti ada yang akan membela.. Bila dibenci, pasti akan ada yang menyayangi.. Allah sangat baik kepada kita.. Keluarga kita adalah penguat semangat.. Teman sejati pula sentiasa mencetuskan kekuatan untuk terus berjuang.. Kita berkawan dengan semua orang, tetapi sentiasalah berdamping dengan teman yang sentiasa positif, kelak kita juga akan terkesan dengan keperibadiannya.. Teman yang baik ialah yang dapat menyuburkan kembali perasaan cinta dan rindu kita kepada Allah..=) Pandaikanlah diri mencari teman sejati ye.. :) Aku dikirimkan teman seperjuangan yang baik, seperti Angah Afnan yang sentiasa matang, Achik Mad cotton budd tersayangku, Uda Susu si penghibur, anak-anak usrah, anak-anak istana dan ramai lagi.. Sememangnya kita tak akan mampu menghitung nikmat yang Allah kurniakan pada kita..Sesungguhnya pengalaman hidup adalah suatu perjalanan yang bermakna hingga tak terkata! Sesuatu yang bermakna pasti sangat berharga.. dan sesuatu yang berharga pasti kita akan menghargainya.. Terima kasih Ya Allah.. kerana mengizinkan aku untuk merasai warna-warni dan asam garam dalam kehidupan yang fana' ini.. Aku yakin, segalanya milikMU..

Tuesday, May 3, 2011

Jangan susahkan apa yang mudah..


Salam. Jom berkongsi nasihat.. Buat yang bakal mendirikan rumahtangga islam, hayatilah.. Utamakanlah pandangan Allah, daripada pandangan manusia..

Indahnya bersama..serikandi Khaulah..

Assalamu'alaikum..
Kami 5 serikandi Khaulah al-Azwar..
Kami ada persamaan:
-Kami berlima adalah rakan sekumpulan sewaktu Minggu Haluan Siswa, bersama dalam satu kumpulan yang agak kontroversi namanya iaitu Insoff
-Kami adalah naqibah usrah
-Masing-masing pernah memegang jawatan di kampus
-Kategori ulat buku, terutamanya Uda..
-Suka berkongsi pandangan walaupun berjauhan, buktinya sampai hari nie, tak putus hubungan..Masih berkongsi masalah..
-Semuanya bercermin mata =)
-Suka pergi 'jalan-jalan', kalau outing ke KKB, mesti singgah kedai yang ada kerusi dan meja..(Adik yang bagi nama..)
-Kami adalah produk tarbiyah yang dilatih pada masa dan tempat yang sama..hmm...
-Kalau outing sesama, pasti pakai baju warna tema..=)
- Suka makan bihun sup buatan sendiri, selain mihun tom yam.. Kalau mihun tom yam menjadi juadah usrah, mesti Adik dan Ateh berebut sayur yang dipanggil 'pokok'. dan Uda hanya memerhati sambil berkata,"Hish korang nie..hahaha.."
-Kami berlima masing-masing rasa dihargai.. Ceritanya, pada suatu hari, aku, Anje dan Uda menaiki bas yang sama untuk ke suatu destinasi, manakala Adik dan Ateh menaiki bas yang satu lagi.. Sewaktu nak turun sarapan pagi, kami bertiga turun sekali memandangkan teman yang lain semua dah bergerak.. Tetiba aku dapat mesej daripada Adik,"x aci.. Ucu g makan dengan Uda n Anje.. Ksian kita ngan Ateh.." Hahaha.. Tergelak besar kami 3 beradik.. Sampai nak naik balik bas tu pun, masing-masing masih menguntum senyuman.. Cemburu tanda sayang..=). Cerita kedua, biasanya kalu usrah kami buat makan-makan, semuanya akan masak sendiri.. Kelima-limanya akan turun sama bergotong-royong.. Ada teman yang lain cakap nak join usrah kami, kami mengusik, tak boleh tak boleh...huahuahua.. Last sekali, semua kena pulun makan hidangan yang tersedia..=) Saje je nak acah..huhu..
-Tapi kan..apa yang paling istimewa ialah.. Kalu kami buat usrah, tak kira dari zaman bersama naqibah sehingga sekarang, last-last pasti muka kami berlima yang datang..=) Mula-mula memang terkilan, tapi lama kelamaan kami jadi kalih.. Best jugak andai berlima sahaja..Banyak menda boleh berkongsi bersama.. ;) Adik-beradik lain jangan terasa ye.. =)
-Ukhuwwah kami berlima tidak pernah sunyi dari ujian.. Namun Alhamdulillah, ujian itu makin mengeratkan kami.. Syukur padaMu Allah, kerana meraikan dan peduli akan ikatan hati kami ini..
- Alhamdulillah, ukhuwwah kami sedikit sebanyak dapat menguatkan semangat kami untuk terus melangkah..Moga kami berlima akan terus setia bersama dalam satu perjuangan..Walau tak sentiasa bersama ke mana sahaja,hati kami akan tetap bersama.. moga selama-lamanya..Salam perjuangan buat adik-beradik Khaulah..=)

Monday, May 2, 2011

Cinta & Cita-cita

Assalamualaikum. Sudah sekian lama blog ini tidak terusik. Dek kerana kekangan masa dan kekalutan diri ini dalam mengendalikan kehidupan sebagai pentas ujian. Teman-teman seperjuangan sudah tamat pengajian, akan tetapi diri ini masih perlu meneruskannya untuk sedikit tempoh lagi. Insya Allah ada hikmah yang bakal tersingkap. Sebenarnya diri ini ingin berkongsi sedikit luahan hati. Fenomena yang berlaku dalam kalangan teman sepengajian, pakat-pakat mencari jodoh..=) Tak kurang ada yang sudah menemuinya. Tahniah ana ucapkan. Semoga ikatan yang terjalin itu dapat dipelihara adab dan batasannya. Jom kita sama-sama hayati bait-bait pesanan ini..

Duhai temanku,
Mengapa dipisahkannya cita-cita dan cinta
Keimanan itu akan menyatukan ia
Jika kita mencuba

Di mana citamu
Di manakah cintamu
Keduanya perlu
Kau binalah kerana tuhanmu
Agar keduanya berpadu

Cinta yang hakiki lahir di hati suci
Demi iman dan islam
Jangan kau pula pisahkannya
Antara cita-cita dan cinta
Cintailah citamu
Binalah kerana tuhanmu

Cinta yang sejati bukannya ilusi mimpi
Usaha seiring doa kerana iman dan islam
Harus kita menunaikannya

Sebenarnya ini adalah sebuah lagu yang didendangkan oleh kumpulan nasyid Rabbani dan turut digunakan sebagai lagu tema untuk kajian tesis ana pada semester lepas. Cinta & cita-cita..Tidak salah mengejar cinta andai disuluhkan dengan cahaya keimanan. Ada yang berjaya menyelamatkan diri daripada penzinaan, ramai pula yang telah terjebak sebelum hari pernikahan. Pilihlah jalan cinta yang terbaik. Gunakan akal sebaiknya. Andai pernah tersasar, kembalilah ke jalan yang lurus. Sedikit pesanan buat diri dan teman, andai sudah dikhtitbah, moga dapat terus mujahadah..Andai telah putus tunang, moga tabah dan yakinlah, Allah pasti akan menggantikan dengan jodoh yang lebih baik. Teruslah melangkah.. Moga2 cita-cita berjaya dicapai manakala cinta pula dapat digapai dengan cara yang paling terhormat.. Salam penuh kasih sayang!