Friday, October 8, 2010

Contohilah Umar al-Khattab



Sabda Nabi: "Berpegang teguhlah pada sunnahku dan sunnah para Khulafa' ar-Rasyidin dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham(pegang dengan kuat)."(Hadis riwayat Abu Daud & Tirmizi)

Berdasarkan hadis Baginda yang mulia ini,saya rasa ingin berkongsi tentang salah seorang daripada Khulafa' ar-Rasyidin.Saya sangat gemar meyoroti kisah hidup insan ini kerana beliau adalah insan istimewa.Insan yang dimaksudkan ini ialah Saidina Umar al-Khattab.Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa mesti berkongsi tentang beliau.Jawapannya ada di sini..

Saidina Umar al-Khattab.Di antara 2 Umar yang didoakan oleh Rasulullah,Umar al-Khattab yang telah dipilih oleh Allah untuk menjadi pendokong agama Islam dan perjuangannya.Sebelum keislamannya,adik perempuannya Fatimah pernah ditampar kerana mengikut agama Muhammad,namun alunan ayat-ayat cinta dari Yang Esa meruntun jiwanya.Beliau juga adalah salah seorang sahabat yang dijanjikan syurga untuknya.Beliau insan yang dikenali dengan ketegasan dan keberanian.Sehingga saat pengislamannya diisyhtiharkan,beliau mencabar sesiapa yang berani menghalangnya untuk bersama Baginda Nabi SAW dengan ancaman akan kehilangan anak dan isteri.Tiada siapa yang berani menghalang.Sehingga dikisahkan syaitan sendiri gerun dengan Saidina Umar ini.

Namun sahabat,insan yang hebat bukanlah orang yang merasakan dirinya mulia di sisi Allah.Umar al-khattab yang sangat dikenali keperibadiannya yang keras,apabila mengambil wudu',beliau pengsan sahabat..Pengsan kerana gerun akan azab dan siksaan daripada Allah SWT.Di saat matanya menatap tangan yang pernah menanam anak perempuan hidup-hidup di zaman jahiliyahnya,beliau menangis.Kesal dengan dosa-dosa silam walaupun hakikatnya beliau di sisi Allah selepas Islam adalah berfitrah suci seperti bayi yang baru dlahirkan.Sangat hebat muraqabahnya terhadap Allah SWT..Bagaimana pula dengan kita?Adakah kita rasa insaf dengan epilog silam yang penuh kelam yang pernah kita lalui?Atau kita terus tegar melakukan dosa dan noda?Pernahkah kita berusaha mengikuti tauladan Umar al-Khattab ini??..

Pernah ada seorang sahabat beliau berkunjung ke rumah Saidina Umar..Pada ketika itu,sahabat tersebut terkejut dengan keperibadian isteri Saidina Umar yang nampaknya lebih tegas dan garang berbanding Saidina Umar..Si Isteri,maklumlah kuat berleter..Pada ketika itu sahabat tersebut bertanya kepada Saidina Umar,bagaimana kamu masih boleh bertahan dengan isterimu yang sebegitu?Namun jawapan Saidina Umar,bukankah dia telah melahirkan anak-anak aku dan menguruskan hal ehwal rumahtanggaku..Salahkah aku bersabar dengan sedikit sahaja kekurangan isteriku itu?Nah..jawapan yang lahir dari seorang pemimpin..Bayangkanlah,beliau adalah seorang khalifah,seorang PM sebuah negara Islam..Saya ulang,PM sebuah negara Islam..Kehidupan seorang pemimpin sememangnya memenatkan,sunnah orang berjuang.Seandainya kita mengepalai sesebuah organisasi kecil sekalipun,amanah itu sangat berat untuk dipikul.Berat di dunia dan berat pula hisabnya di akhirat kelak.Apabila penat,kita mudah bermain dengan emosi.Namun,beliau masih mampu bersabar dan berlapang dada serta masih mampu memandang positif dalam pelbagai keadaan.Senario pada hari ini,si suami tanpa perikemanusiaan mendera isteri dan anak-anak.Puncanya anak kecil menangis pada malam hari.Rumahtangga jadi berpecah belah akibat tidak mampu mengawal diri.Sudahkah kita mencontohi cara baginda Nabi dan Umar al-Khattab mengengalikan rumahtangga kalau begini situasi masyarakat kita pada hari ini?..

Kepimpinan Saidina Umar.Pada lewat malam memantau keadaan rakyat.Sehingga tangan mulia itu pernah memasak untuk sebuah keluarga yang anak-anaknya tidur dalam kelaparan.Sepanjang tempoh pemerintahan Saidina Umar dan khalifah-khalifah lain,sistem perundangan islam tetap diteruskan.Namun,sewaktu beliau memerintah,beliau pernah memansuhkan hukum hudud buat sementara waktu ketika mana
penduduk Madinah diuji dengan musim kemarau.Rakyat diadili dengan penuh saksama.Tiada ISA,tiada penjara yang menyumbat tahanan tanpa bicara.Inilah contoh pemimpin yang mengutamakan rakyat dengan mendahulukan pandangan Allah.Bagaimana pula dengan pemimpin dunia yang gah berkuasa pada hari ini?Islam diamalkan separuh-separuh.Sesetengah hukum yang dirasakan ketinggalan zaman,ditolak ke tepi.Rakyat ramai yang kebuluran tetapi pemimpin terus bermewah dengan hasil kekayaan bumi.Sewaktu menyambut maulidur Rasul,waktu itu baru kalut nak tunjukkan cinta dan sayang pada Nabi.Namun,itu bukan erti kasih sayang terhadap Baginda dengan sebenar-benarnya.

Saya pernah berpesan kepada diri saya,bahawa hidayah milik Allah.Namun,para pendakwah tidak harus berputus asa untuk meramaikan Hamba Allah kembali kepada Fitrah.Ya Allah..jadikanlah hatiku selembut hati Saidina Umar al-Khattab dan jadikanlah keperibadianku sebagaimana keperibadian hamba-hamba yang dicintaiMU..

P/s: Untuk muslimin yang rasa tak tahan dengar gangguan tangisan si kecil,tak payah la kahwin lagi..

Tuesday, October 5, 2010

Buta Syariat



Warga dunia kita semakin tenat.Doktor perubatan mendapat permintaan yang tinggi di seluruh dunia.Apabila sudah tidak mampu diubati melalui perubatan moden,ramai yang kembali kepada perubatan islam(bukan tak boleh berubat melalui perubatan islam.Bagus dah..ana maksudkan yang tak nak junjung islam).Apabila sudah buntu,Islam juga akan dirujuk.Saat bayi dilahirkan,kalimah yang akan didengar pada awal permulaan hidupnya adalah kalimah tauhid.

Namun, dunia yang menjadi syurga buat insan yang sering melupakan Allah menjadikan mereka buta syariat dan terus jahil dalam beragama.Bukan tidak tahu etika pemakaian dalam islam,tapi buat2 tak tahu.Bukan tak tahu cara pergaulan antara insan berlainan jantina,tapi buat2 rasa macam tak tahu..Dalam menongkah arus kehidupan,islam dijadikan sebagai tempelen semata2.Mungkin hanya sekadar islam di dalam Mykad.Hakikat kehidupan sebenar,sangat jauh dari Islam.Namun saat ajal mendekat,ustaz juga yang dijemput untuk mengajarkan ucapan Syahadah.MasyaAllah..

Banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan,penyelesaian terakhirnya adalah Islam.Ramai yang ingin kembali kepada lunas-lunas islam.Tetapi,kenapa mesti hanya dalam perkara-perkara kecil sahaja?Pemerintahan Islam?Ada yang berkata,"No,nanti kalau puak2 kopiah memerintah negara,tertutuplah sumber rezeki kita.Tak bernyawalah disko kita nie." Ada juga yang kata,"kalau buat hukum hudud,mencuri potong tangan kanan,mencuri lagi potong tangan kiri pula..Tak da tangan..apa salahnya kita bagi kerja kat orang mencuri tue" Nie mai nak khabaq,dalam islam bukan senang2 je nak jatuhkan hukuman.Ada kaedah2 fiqh yang kita guna untuk selesaikan masalah..Hang takkan tak tau kot..Atau hang sembunyikan kebenaran yang hang tau semata2 sebab jaga periuk nasi? Cek nak khabaq mai,tak dak orang yang pertahankan islam yang miskin papa kedana yang pernah cek jumpa..Buta syariat ke buat2 buta?

Masalah pembuangan anak luar nikah,adakah lebih baik merawat berbanding mencegah?Nah,pandangan ahli hikmah ditolak mentah-mentah.Pendidikan seks diajar di sekolah-sekolah sekular di seluruh negara.Kenapa perlu ada silibus ini?Kata pemerintah,melalui pendidikan ini,jumlah pelajar hamil di Amerika Syarikat menurun.Kita ambik apa yang baik..Sahabat sekalian,dunia hari ini seolah2 menyatakan yang salah adalah hamil,bukannya berzina!! Apabila berzina,tetapi tidak hamil,itulah praktikal pendidikan seks.Berjaya dalam praktikal untuk orang yang buta syariat.Firman Allah berupa peringatan diabaikan.Masya Allah.

Wahai Hamba Allah sekalian,kembalilah kepada fitrah sucimu..Islam tidak akan tempang tanpa kita tetapi kita yang akan tempang tanpa islam..

"InnaAllaha yubibbut tawwabin wa yuhibbul mutatohhirin.."

Ingin aku kembali..

Assalamualaikum,
Mohon maaf kepada pengunjung serikandi mujahid setia kerana baru berkesempatan untuk update blog nie..hasil 'kerja' jiran bilik sebelah,Angah Pip,blog saya bertukar wajah..Thanks a lot my angah..=)

Ada sedikit sahaja perkongsian ana pada kali ini.Ada satu kisah,di asrama di sebuah kampus..Dua orang teman tengah berborak2..Sorang ni tengah kemas2 meja dan rak buku dia..Tiba2..

" Ucu..habis pokok angah...",sayu dengar suara kawan sorang nie..
" Bakpe ngah..eh,mane 'pokok' angah.."
" Tue ha..jatuh..kesian die..tercabut dari pasu comel die.."
" Takpe,kita cube letak mule.."

Ada satu ibrah di sebalik ketidaksengajaan angah terjatuhkan pokoknya itu..

" Angah..pokoknya tak tercabut pun dari tanah dan akarnya..'
" A'ah la ucu..ok je.."ada riak gembira dan teruja di wajah insan yang bernama
angah itu..

Ucu & Angah itu pun berdiskusi..

" Angah..kaktus angah walaupun kecik tapi berjiwa besar.."
" Betul3(ikut gaya upin ipin)..Tapi Nape ucu ckp gtu?.."
" Hmm..walaupun dia jatuh,tapi sebab jati diri dia kuat..dia mampu
berdiri walaupun jatuh dari tempat yang tinggi.."

Tersenyumlah dua teman seperjalanan dan seperjuangan itu..Pokok kaktus comel yang ada di atas meja study,tempat Angah merancang dan melaksanakan banyak kerja islam itu mencetuskan keceriaan antara kami..Ibrahnya..walaupun kita diuji dengan ujian hidup yang sangat berat,InsyaAllah dengan iman & taqwa kita boleh menghadapinya..Allah takkan bebankan hambaNYA dengan ujian yang tidak mampu ditanggung..

Oleh itu,wahai para pejuang Islam..Teruslah berjuang walaupun terbuang..Kita sepatutnya rasa malu dengan makhluk2 Allah yang lain,yang tidak ada akal,tapi boleh mendatangkan keinsafan di dalam hati kita..Janganlah kamu gentar,dan janganlah kamu bersedih..Allah bersama sangkaan hambaNYA..husnuzzhon dengan Allah..InsyaALLAH ada kemanisan di sebalik penderitaan..=)