Friday, October 8, 2010

Contohilah Umar al-Khattab



Sabda Nabi: "Berpegang teguhlah pada sunnahku dan sunnah para Khulafa' ar-Rasyidin dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham(pegang dengan kuat)."(Hadis riwayat Abu Daud & Tirmizi)

Berdasarkan hadis Baginda yang mulia ini,saya rasa ingin berkongsi tentang salah seorang daripada Khulafa' ar-Rasyidin.Saya sangat gemar meyoroti kisah hidup insan ini kerana beliau adalah insan istimewa.Insan yang dimaksudkan ini ialah Saidina Umar al-Khattab.Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa mesti berkongsi tentang beliau.Jawapannya ada di sini..

Saidina Umar al-Khattab.Di antara 2 Umar yang didoakan oleh Rasulullah,Umar al-Khattab yang telah dipilih oleh Allah untuk menjadi pendokong agama Islam dan perjuangannya.Sebelum keislamannya,adik perempuannya Fatimah pernah ditampar kerana mengikut agama Muhammad,namun alunan ayat-ayat cinta dari Yang Esa meruntun jiwanya.Beliau juga adalah salah seorang sahabat yang dijanjikan syurga untuknya.Beliau insan yang dikenali dengan ketegasan dan keberanian.Sehingga saat pengislamannya diisyhtiharkan,beliau mencabar sesiapa yang berani menghalangnya untuk bersama Baginda Nabi SAW dengan ancaman akan kehilangan anak dan isteri.Tiada siapa yang berani menghalang.Sehingga dikisahkan syaitan sendiri gerun dengan Saidina Umar ini.

Namun sahabat,insan yang hebat bukanlah orang yang merasakan dirinya mulia di sisi Allah.Umar al-khattab yang sangat dikenali keperibadiannya yang keras,apabila mengambil wudu',beliau pengsan sahabat..Pengsan kerana gerun akan azab dan siksaan daripada Allah SWT.Di saat matanya menatap tangan yang pernah menanam anak perempuan hidup-hidup di zaman jahiliyahnya,beliau menangis.Kesal dengan dosa-dosa silam walaupun hakikatnya beliau di sisi Allah selepas Islam adalah berfitrah suci seperti bayi yang baru dlahirkan.Sangat hebat muraqabahnya terhadap Allah SWT..Bagaimana pula dengan kita?Adakah kita rasa insaf dengan epilog silam yang penuh kelam yang pernah kita lalui?Atau kita terus tegar melakukan dosa dan noda?Pernahkah kita berusaha mengikuti tauladan Umar al-Khattab ini??..

Pernah ada seorang sahabat beliau berkunjung ke rumah Saidina Umar..Pada ketika itu,sahabat tersebut terkejut dengan keperibadian isteri Saidina Umar yang nampaknya lebih tegas dan garang berbanding Saidina Umar..Si Isteri,maklumlah kuat berleter..Pada ketika itu sahabat tersebut bertanya kepada Saidina Umar,bagaimana kamu masih boleh bertahan dengan isterimu yang sebegitu?Namun jawapan Saidina Umar,bukankah dia telah melahirkan anak-anak aku dan menguruskan hal ehwal rumahtanggaku..Salahkah aku bersabar dengan sedikit sahaja kekurangan isteriku itu?Nah..jawapan yang lahir dari seorang pemimpin..Bayangkanlah,beliau adalah seorang khalifah,seorang PM sebuah negara Islam..Saya ulang,PM sebuah negara Islam..Kehidupan seorang pemimpin sememangnya memenatkan,sunnah orang berjuang.Seandainya kita mengepalai sesebuah organisasi kecil sekalipun,amanah itu sangat berat untuk dipikul.Berat di dunia dan berat pula hisabnya di akhirat kelak.Apabila penat,kita mudah bermain dengan emosi.Namun,beliau masih mampu bersabar dan berlapang dada serta masih mampu memandang positif dalam pelbagai keadaan.Senario pada hari ini,si suami tanpa perikemanusiaan mendera isteri dan anak-anak.Puncanya anak kecil menangis pada malam hari.Rumahtangga jadi berpecah belah akibat tidak mampu mengawal diri.Sudahkah kita mencontohi cara baginda Nabi dan Umar al-Khattab mengengalikan rumahtangga kalau begini situasi masyarakat kita pada hari ini?..

Kepimpinan Saidina Umar.Pada lewat malam memantau keadaan rakyat.Sehingga tangan mulia itu pernah memasak untuk sebuah keluarga yang anak-anaknya tidur dalam kelaparan.Sepanjang tempoh pemerintahan Saidina Umar dan khalifah-khalifah lain,sistem perundangan islam tetap diteruskan.Namun,sewaktu beliau memerintah,beliau pernah memansuhkan hukum hudud buat sementara waktu ketika mana
penduduk Madinah diuji dengan musim kemarau.Rakyat diadili dengan penuh saksama.Tiada ISA,tiada penjara yang menyumbat tahanan tanpa bicara.Inilah contoh pemimpin yang mengutamakan rakyat dengan mendahulukan pandangan Allah.Bagaimana pula dengan pemimpin dunia yang gah berkuasa pada hari ini?Islam diamalkan separuh-separuh.Sesetengah hukum yang dirasakan ketinggalan zaman,ditolak ke tepi.Rakyat ramai yang kebuluran tetapi pemimpin terus bermewah dengan hasil kekayaan bumi.Sewaktu menyambut maulidur Rasul,waktu itu baru kalut nak tunjukkan cinta dan sayang pada Nabi.Namun,itu bukan erti kasih sayang terhadap Baginda dengan sebenar-benarnya.

Saya pernah berpesan kepada diri saya,bahawa hidayah milik Allah.Namun,para pendakwah tidak harus berputus asa untuk meramaikan Hamba Allah kembali kepada Fitrah.Ya Allah..jadikanlah hatiku selembut hati Saidina Umar al-Khattab dan jadikanlah keperibadianku sebagaimana keperibadian hamba-hamba yang dicintaiMU..

P/s: Untuk muslimin yang rasa tak tahan dengar gangguan tangisan si kecil,tak payah la kahwin lagi..

1 comment:

  1. Dengan personaliti saidina umar yg sgt tegas dan garang memang tak kena bila dia buat bodoh je bila isteri dia berleter. riwayat umar dileteri isteri adalah tidak sahih.

    ReplyDelete