Thursday, June 20, 2013

Tamat semester 2

Bismillah, walhamdulillah. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah kerana dengan izin, hidayah dan inayah-NYA kita masih dikurniakan nyawa agar terus mengabdikan diri kepada-NYA. Salam dan selawat buat junjungan hati, Rasulullah yang tercinta. Assalamu'alaikum. Salam ukhuwwah dan silaturrahim diucapkan kepada semua sahabat sahabiah yang sudi menziarahi catatan ini. Jazakumullah khairan jaza'. ^_^

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah atas nikmat islam dan iman yang tidak terhitung nilainya. Syukur atas nikmat kesihatan dan masa lapang yang sering kita lupakan, dan jarang disyukuri sehinggalah kita benar-benar rasa kehilangan. Tiada galang ganti nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Alhamdulillah.
Alhamdulillah, hari ini hari Khamis, saya telah tamat peperiksaan akhir semester 2. Subjek Bahasa Arab sebagai subjek penutup. Alhamdulillah perjalanan peperiksaan saya pada semester ini berjalan lancar. Terima kasih atas pertolonganMU Ya Allah... ^__^ Peperiksaan ini cuma wasilah untuk kita mengukur tahap kefahaman dalam menuntut ilmu. Ia bukanlah matlamat utama kita belajar. Ia cuma alat untuk mencapai matlamat yang lebih besar, iaitu mencapai keredhaan Allah. Kita menuntut ilmu untuk mengembalikan zaman keemasan generasi silam yang sangat jitu dalam kefahaman ilmu. Bak kata Sir Anis, pensyarah subjek Bisnes saya, kita perlu keluar dari kepompong book-oriented. Kerana nilaian ilmu bukan berada pada buku tetapi berada pada kefahaman untuk menghayati realiti kehidupan di alam nyata. Teori tanpa praktikal tak syok boh! =)

Kenangan yang dilalui sepanjang semester dua ini semoga menjadi pengajaran dan pedoman untuk saya melalui kehidupan mendatang. Semoga keputusan akhir setelah imtihan ini, saya beroleh kejayaan dan peningkatan. Terima kasih atas dorongan dan motivasi Ma, Abah dan adik beradik saya. Buat pensyarah yang dikasihi, halalkan ilmu yang telah dicurahkan.. Adik-adik sahabat seperjuangan, terima kasih atas kebaikan kalian. Seronok rupanya menjadi kakak. ^_* Alhamdulillah. Itulah tahmid yang mampu saya lafazkan atas kesyukuran kepada Allah. Terima kasih Allah..

Semester 3 bermula September 2013. Semoga subjek yang bakal dilalui mendapat petunjuk dan pertolongan dari Allah untuk saya melaluinya. Ilmi, jangan jemu menuntut ilmu. Anggaplah ia sebagai muraja'ah untuk memperkasakan kefahaman dalam menuntut ilmu. Pasti ada hikmah. Yakinlah! =) Buat teman-teman, terima kasih kerana mendoakan saya. Ayuh kita semarakkan semangat jihad dan teruslah berdoa untuk saudara seislam kita di seluruh dunia, Gaza dan Syria. Mulia kita kerana Islam. Kita tidak akan mampu mencapai kemuliaan melalui jalan lain yang selain dari ISLAM. Ayuh, bangunlah bersama Islam. Semoga bertemu lagi. Fi amanillah.. Barakallahu lakum.. ^_^
Yakinlah! Allah akan membantu para pejuang yang ikhlas berjuang di jalanNYA. =)