Tuesday, January 8, 2013

Singkapan tirai bahagia


Bismillah, walhamdulillah. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah kerana dengan izin, hidayah dan inayah-NYA kita masih dikurniakan nyawa agar terus mengabdikan diri kepada-NYA. Salam dan selawat buat junjungan hati, Rasulullah yang tercinta. Salam ukhuwwah dan silaturrahim diucapkan kepada semua sahabat sahabiah yang sudi menziarahi catatan istimewa ini. Jazakumullah khairan jaza'. ^_^
Hari ini merupakan hari terakhir saya melalui semester satu pengajian saya di USIM. Alhamdulillah, segalanya baik-baik sahaja yang saya tempuhi di sini. Hidup tanpa ujian tidak indah rasanya. Oleh itu, mehnah dan tribulasi yang dilalui perlu dipandang secara positif dan optimis agar ia boleh menjadi wasilah untuk kita memperbaiki dan mematangkan diri. Syukur Alhamdulillah.
Pada pukul 11.30 tengahari tadi, berakhir sudah peperiksaan akhir untuk semester ini. Semoga Allah mengizinkan saya mendapat natijah yang terbaik. Usaha + Doa + Tawakkal = Berjaya! Ameen.. ^_^ Usai menjawab soalan peperiksaan subjek Al-Madkhal ilal Fiqh Wal Fatawa, saya berkesempatan bersalam wida' dengan beberapa orang sahabiah seperjuangan. Terasa sayu mahu berpisah walau cuma untuk seketika memandangkan kami semua akan bertemu semula untuk Program Minggu Bahasa nanti. Menjadi sahabat mereka terasa begitu membahagiakan. Entah kenapa, saya merasakan saya mendapat hikmah tersirat baru hasil daripada tanda tanya saya sewaktu pengajian diploma dahulu. Mungkin ini natijah daripada penantian dan kesabaran saya selama ini. Berada bersama mereka terasa begitu dihargai walaupun saya tidak berhajat kepada penghargaan mereka. Kadang-kadang terasa malu dengan kebaikan dan keprihatinan mereka. Mungkin ini hadiah dari Allah untuk saya setelah pernah kecewa dengan 'mereka' suatu masa dahulu. Alhamdulillah Ya Allah..
Terima kasih terutamanya buat teman yang sentiasa didampingi.. Adawiah, Salsabila, Nuyi dan Filzah.. Kalian memang 'awesome'! ^_* Ada hikmah Kak Mie dicampakkan oleh Allah di bumi bertekad terbilang ini, dapat juga berkenalan dengan teman sebaik kalian. Harapan dan doa di hati ini, agar ukhuwwah kita mampu menempuhi ujian yang akan mendatang. Semoga kita akan terus bersama menempuh onak dan duri di sini dan di luar nanti. Semoga ikatan hati ini akan menyatukan semula kita di syurga Allah kelak.
ukhuwwah fillah (^__^)
 

Terima kasih juga buat adik-adik sebilik yang sangat comel. Jah, Syir dan Anis, kenangan bersama kalian menjadi memori indah dalam hidup ini.. ^_^  in sya Allah kita jumpa lagi 21 Januari nanti. Apa yang menyeronokkan, selalu sahaja ada kejutan dari mereka.. Donut Big Apple lah, sarapan pagi lah, makanan tengahari lah, bernasyid sama-sama lah. Seronok bilamana solat dan makan berjemaah bersama mereka. Aliran ukhuwah itu hangat terasa..

Menjadi salah seorang mahasiswi kursus Fiqh dan Fatwa diakui sangat mencabar. Ilmu syariah dan undang-undang diadun bersama agar terlahirnya nanti fuqaha' yang juga celik undang-undang.Alhamdulillah Ya Allah. Terasa sangat bersyukur dan mencintai bidang ilmu yang sedang dilalui ini. Meniti hari-hari di sini selalunya banyak menguntum suka dan tawa. Duka dan derita singgah bertapa cuma seketika. Bersabarlah, bertahanlah dalam mujahadah menjadi manusia yang beradab dan berakhlak. Allah pasti bersama kita.. ^_^
Buat sahabat sahabiah BLC8, terima kasih banyak-banyak kerana menerima diri ini seadanya. Banyak yang diri ini belajar dari kalian. Banyak pengertian dan pengalaman yang diperoleh sepanjang mengenali kalian semua. Terima kasih banyak-banyak untuk sahabat sahabiah yang pernah bekerjasama  dalam satu kumpulan. Terima kasih sebab Paksu, Sharifudin dan Ikhwan Arif sudi pinjamkan motosikal kalian di saat kami kebuntuan mencari jalan keluar. Untuk hajat kalian, adik-adik yang masih belum ditepati, doakan semoga ada rezeki lain kali kita dapat buat makan-makan lagi. ^_^ Mohon maaf juga atas kekurangan dan kekhilafan diri ini. Ayuh kita saling mendoakan, agar kejayaan menjadi milik kita bersama. Semoga semester mendatang kita akan lebih bersemangat dan bermujahadah untuk menghadiahkan kejayaan yang cemerlang untuk Islam dan perjuangan. Takbir, Allahu Akbar!!

"Aku adalah anak-anak panah islam, maka campakkanlah aku di mana sahaja, nescaya aku akan terus berjuang" Ya Allah.. pilihlah hati ini agar terus thabat dalam perjuangan. Ameen Ya Rabb. ('_')


Mood rindu family pula! (^___^)
 p/s: Sedikit terkilan kerana tidak dapat diselitkan gambar kenangan bersama mereka yang tersayang di sini. Ada masalah sikit. Semoga terus istiqamah dalam kebaikan. Ilalliqa', fi amanillah.. :)
 
ilmi alfauzani,
_Catatan 8 Jan 2013, 9.20 pm, di Asrama KK1 Usim_