Monday, May 2, 2011

Cinta & Cita-cita

Assalamualaikum. Sudah sekian lama blog ini tidak terusik. Dek kerana kekangan masa dan kekalutan diri ini dalam mengendalikan kehidupan sebagai pentas ujian. Teman-teman seperjuangan sudah tamat pengajian, akan tetapi diri ini masih perlu meneruskannya untuk sedikit tempoh lagi. Insya Allah ada hikmah yang bakal tersingkap. Sebenarnya diri ini ingin berkongsi sedikit luahan hati. Fenomena yang berlaku dalam kalangan teman sepengajian, pakat-pakat mencari jodoh..=) Tak kurang ada yang sudah menemuinya. Tahniah ana ucapkan. Semoga ikatan yang terjalin itu dapat dipelihara adab dan batasannya. Jom kita sama-sama hayati bait-bait pesanan ini..

Duhai temanku,
Mengapa dipisahkannya cita-cita dan cinta
Keimanan itu akan menyatukan ia
Jika kita mencuba

Di mana citamu
Di manakah cintamu
Keduanya perlu
Kau binalah kerana tuhanmu
Agar keduanya berpadu

Cinta yang hakiki lahir di hati suci
Demi iman dan islam
Jangan kau pula pisahkannya
Antara cita-cita dan cinta
Cintailah citamu
Binalah kerana tuhanmu

Cinta yang sejati bukannya ilusi mimpi
Usaha seiring doa kerana iman dan islam
Harus kita menunaikannya

Sebenarnya ini adalah sebuah lagu yang didendangkan oleh kumpulan nasyid Rabbani dan turut digunakan sebagai lagu tema untuk kajian tesis ana pada semester lepas. Cinta & cita-cita..Tidak salah mengejar cinta andai disuluhkan dengan cahaya keimanan. Ada yang berjaya menyelamatkan diri daripada penzinaan, ramai pula yang telah terjebak sebelum hari pernikahan. Pilihlah jalan cinta yang terbaik. Gunakan akal sebaiknya. Andai pernah tersasar, kembalilah ke jalan yang lurus. Sedikit pesanan buat diri dan teman, andai sudah dikhtitbah, moga dapat terus mujahadah..Andai telah putus tunang, moga tabah dan yakinlah, Allah pasti akan menggantikan dengan jodoh yang lebih baik. Teruslah melangkah.. Moga2 cita-cita berjaya dicapai manakala cinta pula dapat digapai dengan cara yang paling terhormat.. Salam penuh kasih sayang!

No comments:

Post a Comment