Bismillah, walhamdulillah. Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmat Islam dan Iman kepada kita. Alhamdulillah juga atas nikmat yang jarang kita syukuri iaitu nikmat kesihatan dan masa lapang.Salam dan selawat buat Rasulullah, kekasih hati yang tercinta. Salam mujahadah buat seluruh siswa dan siswi yang sedang bermujahadah dalam fatrah minggu ulangkaji ini.
Sepatutnya, minggu ulangkaji ini adalah tempoh dan ruang waktu yang paling menenangkan, namun sebaliknya juga boleh berlaku. Ya, mungkin kita perlu kembali bermuhasabah tentang matlamat dan tujuan utama kita mendaftarkan diri ke universiti. Adakah kita berada di sini, semata-mata untuk memperolehi ijazah kelas pertama sahaja? Jawapan itu ada di dalam hati kita.
Sahabat-sahabiah yang dikasihi Allah, dalam kita melalui perjalanan hidup kita sebagai penuntut ilmu Allah, kita turut dibentangi dengan mehnah dan tribulasi yang harus kita lalui. Kadang-kala, masalah keluarga menjelma. Terkadang juga, kita berperang dengan nafsu malas dan suka bertangguh-tangguh yang ada dalam diri kita. Kadang-kadang masalah peribadi meghantui diri kita. Semua itu datangnya dari Allah, sebagai kaffarah dosa dan wasilah untuk kita lebih taqarrub dengan-NYA.Ya Allah, pilihlah kami agar terus tabah.
Sabar kan indah.. ^_^
Menyoroti perjalanan hidup sebagai seorang mahasiswi di universiti islam, jiwa dan hati kita terkadang turut mahu kebebasan dan keterbukaan seperti orang lain. Melihatkan di sana sini, pasangan kekasih bercintan-cintun, berfesyen dalam pemakaian yang kelihatan telah melampaui syariat, mungkin terkadang terdetik juga mahu menjadi seperti mereka. Namun teman, ketahuiilah, jalan asing yang sedang engkau lalui itu lebih mulia dan membahagiakan berbanding mereka. Teruslah istiqamah dalam kebaikan, kerana Allah dan Rasulullah kasih kepadamu..
Cukuplah Allah bagiku.. :'(
Sudah tiada apa yang ingin disampaikan. Sekadar berkongsi apa yang dirasa dan dilihat dari mata kasar dan mata hati. La tahzan! In syaa Allah ada sinar dan hikmah yang tersirat di sebalik ketentuan itu. Teruslah melangkah, kerana perjuangan ini sememangnya payah. Tiada tempat terbaik untuk berpaut melainkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah dalam seluruh urusan kita. Yakinlah, setiap apa yang Allah tentukan kepada kita, itulah yang terbaik di sisi Allah. ^_^
Firman Allah: .."Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik untukmu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu, padahal itu buruk bagimu, sesungguhnya Allah mengetahui dan kamu tidak mengetahui.." Ayuh, kita bermuhasabah apa yang telah kita lalui sepanjang tempoh pengajian di sini. Semoga esok lebih baik daripada hari ini. Ya Allah, kurniakanlah kekuatan...
_Mantapkan fardul muslimah, semoga Allah sayang_
Mulakan penghijrahan, sekarang!
Semoga cemerlang dalam peperiksaan. Bittaufiq wan Najah.. ^_^
Bismillah, walhamdulillah. Assalamu'alaikum. Alhamdulillah syukur kepada Allah, salam dan selawat kepada Rasulullah, salam tarbiyah buat semua. Semoga kita sama-sama memperoleh kebaikan, saling berkongsi kebaikan dan berlumba-lumba ke arahnya. Untuk pengisian kali ini, saya ingin kongsikan secebis kenangan manis yang saya rasakan mampu mendatangkan motivasi untuk kita semua. :)
Mungkin ada sahabat pengunjung pernah mengalami apa yang saya rasakan. Perasaan yang mendalam tetapi sukar untuk diungkap. Sebak? Sayu? Rindu? Rasa kehilangan? Segala rasa bercantum menjadi satu. Tetapi saya akui perasaan ini telah mencengkam hati saya. Saya jadi kehilangan mood. Daripada seorang peramah, saya menjadi kurang mahabbah. Perasaan itu! Perasaan itu yang membawa saya ke sini. Ya Allah.. Sampai bila aku harus terus begini? Saya muslimah, mujahidah yang pernah berbai'ah denganMU Ya Allah.. Saya tidak boleh kalah! Saya harus gagah mendepani mehnah! Ya Allah.. Jangan biarkan aku terus rebah! :(
Saya tahu puncanya! Selain perlu memperbaiki hubungan dengan Allah, saya kehilangan sesuatu yang telah mendidik saya. Sunnah Rasulullah yang saya sendiri telah diamanahkan untuk meneruskannya. USRAH! Ya, usrah! Saya boleh menjadi kuat dan menyalurkan kekuatan kepada rakan-rakan dengan berwasilahkan usrah kerana saya yakin, orang-orang yang inginkan kebaikanlah yang akan terus mencari dan istiqamah bersamanya.
Perasaan ini juga telah membawa saya untuk mencarinya semula. Walaupun tiada adik-beradik usrah di sini, bukan bererti saya boleh terus melayukan diri saya. Alhamdulillah, hasil perbincangan dengan seorang sahabat seperjuangan, Elah, kami sepakat mengaturkan pertemuan. Sahabat-sahabat Dungun dihubungi untuk sama-sama berkongsi sesuatu sewaktu pertemuan bermakna itu nanti.
" Salam muslimah solehah yang dikasihi sekalian, insyaAllah pertemuan kita pada petang ini bertempat di perkarangan kedai Kak Sah yang dekat dengan Imtiaz B tu. Jumpa di sana ya! =) "
Syukur Alhamdulillah, Allah mempermudahkan urusan ini. Sahabat-sahabat ini masih setia saling mencintai kerana Allah. Walaupun sekarang kampus masing-masing sedang bercuti, namun masih ada sedikit masa yang sudi diluangkan bersama. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.. =)
# Berkasih sayang kerana Allah #
Setelah menikmati santapan ringan pada petang itu, kami segera bergegas ke Pantai Teluk Gadung untuk pengisian seterusnya. Perut sudah diisi, maka sekarang waktunya untuk rohani kami pula diisi. =) Sempat lagi kami bergambar-gambar sebelum slot usrah bermula. :)
Geng Sahabat Dungun ^__^
<><><><>>
Setelah mencari port yang paling sesuai, kami memulakan Usrah yang sangat menjadi kerinduan hati ini. Antara pengisian pada petang ini ialah:
# Ukhuwwah fillah # Erti sebuah ujian # Hebatnya kuasa doa
# Taujihat buat wanita solehah
Tidak kurang juga ada sahabat yang meluahkan rasa dan gembira tentang ukhuwwah kami yang telah lama terjalin ini. Terima kasih sahabat. InsyaAllah, semoga cinta kita akan menjadi penguat semangat untuk bermujahadah memburu Mardhatillah. =)
Bulatan gembira~
'Sharing is Caring' Agama itu nasihat.. =)
Enam sahabat ini terdiri daripada Aisah, Fatin Liyana, Elah, Nadiah a.k.a Mama Yah, Nuyuu dan saya. Masing-masing berkongsi kisah di kampus, isu politik negara, isu nasional membabitkan masa depan ummah dan anak bangsa. Sesungguhnya usrah gabungan banyak kampus ini memang best! :) Seorang mahasiswi Upsi, dua dari meraka menuntut di IPG, dan dua lagi masing-masing di UiTm. =)
Gaya seorang bakal guru.. =)
Ukhuwwah islamiyah memang tidak mengenal erti memilih bulu bahkan menyubur dan menyebarkan kasih sayang dan persaudaraan. Dakwah dan islah perlu bermula dari diri kita sendiri. Seandainya tugas ini hanya ditaklifkan kepada sesuatu puak sahaja, maka pasti ramai yang memilih untuk tidak mahu bersama mendokong tugasan murni, amanah dari Ilahi ini. Kerana hakikatnya jalan perjuangan itu panjang dan penuh liku. Pertemuan penuh makna yang diizinkan oleh Allah pada 8 Rejab itu moga-moga menjadi wasilah untuk kami lebih konsisten untuk meletakkan islam di tempat yang paling tinggi. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana telah mengubati kerinduan ini. Rindu dan akan terus merindui usrah. Kerana kita mengharapkan akan terus berusrah di syurga Allah kelak. Allahumma amiin.. =)
Pesanan murabbi saya, jika merasakan jiwa kosong tiada pengisian, bersegeralah mengisinya dengan kebaikan agar ruang kebatilan tidak sempat untuk mengambil tempat. Benarlah, jika kita tidak sibukkan diri dengan tarbiyah, pasti jiwa mudah untuk selesa dengan perkara syubhah. Kekuatan itu perlu dicari, bukan dinanti! =) " Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah saudara-saudaramu yang bertelagah, berTAQWAlah kamu kepada Allah, mudah-mudahkan kamu mendapat rahmat.."(Surah Al-Hujuraat, ayat 10) Ilmu itu bukan hanya di dalam bilik kuliyah. Setiap hari yang kita lalui adalah menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mengenal manusia jua semua makhluk Allah di universiti kehidupan. Sekian sahaja untuk kali ini. Wallahua'lam.
<><><><>
>
Keindahan alam ciptaan Allah yang perlu direnungi dengan mata Hati.. =)
Bismillah Wal Hamdulillah. Syukur kepada Allah, salam dan selawat buat Rasulullah, murabbi ummat yang terhebat, salam perjuangan buat penjulang kalimah tauhid di mana sahaja kalian berada. Semoga dalam perlindunganNYA sentiasa. (",)
Banyak peristiwa dunia yang terakam indah di negara bertuah ini. Indah setelah dinilai ianya sebagai ibtila' yang wajib dilalui oleh pencinta kebenaran. Tarbiyah dari Allah untuk pihak yang benar dalam menghadapi lawan yang sentiasa meletakkan islam di belakang. Walaupun perit untuk ditelan, tetapi sedikit sebanyak ia menjadi ubat untuk memujuk hati, bahawa sesungguhnya seluruh dunia menyaksikan kezaliman itu! Ya, kezaliman!
Tahniah Polis Raja Di Malaysia! Kalian yang terlibat dengan kezaliman, silalah jawab di hadapan Allah nanti!
Pengalaman manis yang pernah dilalui, menjadi kenangan yang bakal diwarisi oleh generasiku selepas ini. Mujahid dan mujahidah yang hebat akan lahir dari seorang ibu yang hebat! Dan ayah yang hebat juga! :) Hebat bukan bererti menjadi kegilaan sang pemuda, ataupun memiliki segalanya yang membawa dirinya ke lembah hina. Akan tetapi, kehebatan yang sebenar adalah kesungguhan untk membuktikan kecintaannya kepada Allah dalam segenap aspek kehidupan. Jiwa yang sentiasa ingin mempersembahkan yang terbaik kepada Allah, tanpa mengharapkan pujian atau perhatian makhluk Tuhan sekalian Alam. Semoga kitalah hambaNYA yang terpilih di sisi Allah..
Mansuhkan ISA, menjadi demostrasi pertama yang disertai. Bersama teman seperjuangan, seiring berjalan menuju ke destinasi yang disasarkan. Kenangan yang menjadi titik-tolak agar saya terus kuat untuk meneruskan perjuangan. Situasi yang menyedarkan saya, bahawa kita semua rakyat Malaysia saling memerlukan. Permulaan untuk saya menyedari tentang hakikat perjuangan yang penuh dengan mehnah dan tribulasi. Saya tidak akan serik walaupun ditahan selama seminggu di wad Hospital Kuala Kubu Bharu setelah pulang dari medan juang itu. Sekali-sekala rasa sakit.. =) Rasulullah dulu berjuang sampai patah gigi, luka sana sini, takkan yang sikit macam ni dah nak berhenti.. Kan, kan?
Bersih 2.0. =) Allah2.. Rasa masih belum mampu percaya bahawa saya turut bersama-sama mereka sewaktu itu. Himpunan aman itu berlangsung pada hari Sabtu, manakala pada hari Isnin pula saya akan menghadapi imtihan Hifzul Quran Syafawi akhir, 30juzu'. Alhamdulillah, setelah menimbang tara tentang persiapan dan segala kemungkinan yang akan mendatang, tawakkal kepada Allah saya mulakan langkah. Alhamdulillah, saya selamat pergi dan selamat kembali. Penangan gas pemedih mata dan air 'berkat' water canon masih bersisa dan berbekas di hati! Allah menjadi saksi bahawa rakyat sudah mula bangkit. Bangkitkan jihad! Alhamdulillah, dengan pertolongan dari Allah, saya dapat menjawab semua soalan yang diajukan oleh mumtahin dengan baik. Syukur Ya Rabb. Benarlah firmanMU dalam surah Muhammad ayat 7. "Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan mendatangkan pertolonganNYA kepadamu dan mengukuhkan kedudukanmu." Yakinlah wahai pejuang!
Sape tahu yang mane satu saya? :)
Bersih 3.0 menjanjikan saya tidak berkesempatan untuk menghadirkan jasad saya di Dataran Merdeka. Akan tetapi, seperti bait indah yang telah dituturkan oleh Syeikh Mustafa Masyur, saya percaya bahawa seorang pejuang itu akan turut membawa hati teman-teman seperjuangannya. Saya berada bersama-sama teman saya yang berpeluang 'mengubah kemungkaran dengan hati'. InsyaAllah, saya berada di dalam hati mereka. =)
Saya bersama kalian. Semoga Allah mengurniakan kita kekuatan untuk menghadapi gelora fitnah dan kejahatan yang telah direncanakan sempena PRU ke-13 nanti. Siiru 'ala barakatillah.. =)
Catatan Hamba Allah, Yang sedang merindui jalan juang itu.. 16Mei, teratak kasih ayahbonda.
Kita sering diingatkan supaya berhati-hati dalam memilih kawan. Rakan yang baik akan membawa kebaikan, sebaliknya yang jahat membawa kemudaratan. Persahabatan Nabi Muhammad S.A.W dengan Saidina Abu Bakar adalah ikatan persaudaraan yang perlu dicontohi umat Islam. Mereka sama-sama terbabit dalam perniagaan sehingga menjadi sahabat karib. Kedua-duanya mempunyai akhlak mulia, sama haluan dalam perjuangan sehingga terjalin kasih sayang dan kemesraan.
Persahabatan Rasulullah S.A.W dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat akhir zaman dalam memperjuangkan agama. Ia sewajarnya dijadikan panduan bagi umat Islam memilih kawan yang baik. Keutamaan Abu Bakar di mata Rasulullah dijelmakan menerusi sabda Baginda bermaksud: "Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat sekaliannya, nescaya akan berat lagi keimanan Abu Bakar." [Hadis riwayat al-Baihaqi]
Rasulullah S.A.W juga meluahkan isi hatinya kepada Abu Bakar seperti dinaqalkan dalam buku susunan Syed Ahmad Semait, Sepuluh Yang Dijaminkan Masuk Syurga, katanya: "Semoga Allah merahmatimu! Engkau adalah sahabatku! Engkau telah membenarkanku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah membantuku ketika orang lain membiarkanku, engkau telah beriman kepadaku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah mententeramkan hatiku ketika hatiku sedang dalam keadaan keluh kesah. Sesungguhnya tiada siapa pun, biar apa pun sekali yang dilakukannya buat diriku yang dapat menyamai apa yang dibuat olehmu."
Allah S.W.T memilih Abu Bakar sebagai teman karib Rasulullah S.A.W dalam mendokong usaha dakwah amat bertepatan sekali. Mencari kawan yang baik dan mampu membimbing ke arah kebaikan. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk." [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Rasulullah S.A.W juga telah menggariskan beberapa perkara bagi memilih teman atau kawan yang baik, antaranya : Hendaklah bersahabat dengan orang yang bertakwa dan beriman Sabda Baginda bermaksud: "Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa." [Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi]
1) Hindari daripada berkawan dengan yang buruk perangai dan akhlaknya
Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan dikenali sepertinya." Sabda Baginda lagi : "Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya." [Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud]
2) Menegur kesilapan kawan di atas perkara yang benar
Ubaidah Ibn As-Samit berkata: "Rasulullah S.A.W mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya. Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah." [Hadis riwayat Muslim]
3) Membantu kawan ketika kesempitan
Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat." [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Begitulah antara saranan-saranan Rasulullah S.A.W kepada kita untuk memilih rakan yang benar-benar ikhlas dan baik untuk dijadikan teman. Sesungguhnya manusia sering lupa dan justeru itu punyai rakan yang baik serta sering mengingatkan kita kepada kebaikan dan mencegah kita daripada melakukan kemungkaran adalah merupaakan satu bonus untuk kita agar kita dapat menjadi insan yang benar-benar bertakwa.
Sumber: iluvislam.com
Bersama teman berbangsa Arab yang baik, berta'aruf juga di tempat yang baik.. Huluran salam, mengaji bersama, berkongsi air dan tamar.. Sebak terkenangkan doa & harapan yang diluahkan oleh beliau.. InsyaAllah, andai kita tidak bertemu semula di dunia, di syurga nanti kita bakal bersua semula.. Tasbih sebagai hadiah ingatan menjadi pengganti diri.. Ya Allah..kirimkan kerinduanku buat insan mulia ini..
Bismillah, Walhamdulillah.. Syukur kepada Allah,Tuhan sekalian alam atas daya dan upaya yang dikurniakan. Salam dan selawat buat Junjungan yang sentiasa dirindui, Rasulullah pembawa rahmat buat sekalian alam. Salam perjuangan buat seluruh pejuang-pejuang Islam yang tidak kenal erti penat lelah dan tidak pernah rebah walaupun lemah. Terima kasih kepada teman-teman yang masih setia menziarahi blog ini. =)
Bila ianya hadir. Kehadirannya tidak diundang bahkan kadang-kadang tidak pernah mendapat seruan.
Hadir sebagai sebuah kesaksian bahawa diri ini seorang manusia yang normal. Normal kerana masih berfungsi fitrah yang sepatutnya.
Alhamdulillah...
Fitrah seorang wanita, bahkan juga kepada seorang lelaki. Merasakan sunyi tanpa pasangan di sisi. Akan tetapi, selagi masanya belum tiba, perasaan ini memerlukan semangat yang kental untuk bermujahadah menjaga kehormatan diri. Bukan kerana malu dan takut kepada manusia, tetapi malu kepada Allah Yang Maha Berkuasa.
Yakinlah pahlawanku.. Percayalah serikandiku.. Bila tiba masa yang tepat dalam aturan dan perancangan Allah, kalian akan mengetahui siapakah gerangan pasangan yang telah lama tercatat namanya di Luh Mahfuz. Menantilah dengan penuh kesabaran. Pertemuan itu pasti akan berlangsung diiringi dengan air mata kegembiraan penuh kesyukuran. InsyaAllah.. =)
Saat ini pasti tiba..
Ciptalah impian kasih yang penuh dengan kesenian.. Penuh keberkatan.. Tanpa dicemari dengan dosa, noda dan debu kotoran bahkan sampah di jalanan. Semoga rumahtangga yang terbina menjadi sebuah medan pemangkin untuk setia mara dan bersemangat untuk terus berjuang..
Seandainya teman-teman kalian telah berpunya, jangan merasakan bahawa diri kita tidak ada yang hendak. Tetapi, optimislah dengan perancangan Allah. Allah masih memberi ruang kepada kita untuk memperbaiki hubungan cinta kita dengan DIA.. Allah pencipta kita, maka memang layak Allah yang paling mengenali segala perkara yang terbaik untuk kita.
Andai tidak di dunia, mudah-mudahan di syurga.. :)
: Cacatan ini istimewa buat pejuang dan pencinta Islam yang masih samar-samar 'mencari'.. Carilah, insyaAllah kalian akan bertemu dengan apa yang dikehendaki.. Usah bertangguh-tangguh dalam melaksanakan perkara yang baik. Nusrah Allah pasti akan bersama seandainya kita meletakkan redha Allah sebagai matlamatnya. Semoga akan terus utuh memegang prinsip. Prinsip untuk menjaga kehormatan diri dan hati.. Seandainya kalian bercita-cita mahu menjadi seorang Ulama' Haraki, jangan biarkan diri kalian berada dalam tempoh pertunangan yang lama dan terisi dengan perkara noda walau secebis cuma. Tetapi, andai Ulama' Hadhari matlamatnya, silakanlah..
Ya Allah.. peliharalah cintaku.. Peliharalah hatiku.. Peliharalah jua cinta hatiku..
Insan dhaif, ilmi alfauzanie teratak bahagia, Dungun.. 12 May 2012, 12.10am
Assalamu'alaikum.
Salam petang Jumaat. Hari yang merupakan ibu kepada segala hari.
Pengalaman bermakna bermula dari pagi sehingga ke saat ini..
Allahu Akbar! Aturan Allah memang yang terbaik! Selamanya yang terbaik!
Senyum lebar apabila mengimbau kenangan yang baru berlaku pada hari ini..
Allah.. manisnya rencanaMU..
Terima kasih Allah.. Alhamdulillah..
"Ilmi!!!! Kak Catriona tak dapat hadir! Ibunya kemalangan dan kritikal sekarang!, " "Ya Allah..!! ujian untuk Kak Cat. Pastu nanti sape nak ganti beliau? Akak jangan cakap lambat2 tau, kalut ilmi kat depan tu nanti.. hehe. "
Sesi tazkirah dhuha yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Azman Shapawi telah berakhir.
Tiba sesi makan pagi. Dan slot yang sepatutnya bersama Kak Cat masih belum terisi penggantinya. Siapakah? Bilakah mahu tiba?
Tengah kalut-kalut tengok orang sediakan teks ucapan, di saat aku pakat tibai je nak cakap, haha. Tiba-tiba saya dibisikkan sesuatu. "Ilmi, nanti Ustaz Nik Abduh tau ganti Kak Cat.."
Allah! Saya bakal bertemu dengan seorang ulama'.
Perancangan Allah mengatasi segala rencana manusia.
Alhamdulillah.. =) Biarlah foto yang berbicara.. ^__~
Terima kasih kepada Encik Noraza dari Muslim Bikers selaku M.C ke-2 :)