Saturday, November 20, 2010

Ikhtilat Alam Maya: Peringatan buat diri sendiri dan insan-insan yang diingati..

Alhamdulillah, teknologi semakin tinggi dan membangun. Dunia daie tidak lagi hanya di ruang sempit di kampung dan surau. Bukan hanya berceramah di podium dan sebagainya. Dunia tanpa sempadan banyak membantu daie untuk terus memberi buah yang bermanfaat buat mad'u di serata pelusuk alam.

Namun sahabat-sahabat sekalian, banyak perkara yang harus di titik beratkan dalam mengambil wasilah ini. Satu perkara yang sering kita abaikan ialah soal ikhtilat. Benar.

Saya menerima emel dari seorang sahabat berkaitan hal ini. Maka eloklah saya kongsikan bersama sahabat semua dalam erti mencari mardhatillah. InsyaAllah.

Ikhtilat Alam Maya

Puji dan syukur dihadiahkan buat Al-Khaliq ALLAH SWT yang masih sudi meminjamkan diri ini dengan nikmat iman dan islam, masih dalam keadaan sihat jasad dan rohani.
Sudah lama rasanya tidak menulis di blog ni, dengan kekangan2 yang di hadapi, akhirnya hari ini dapat saya ufukkan masa biiznillah. Sebenarnya agak lama ingin dibicarakan isu ini, IKHTILAT DI ALAM MAYA. Secara majority, rata-rata di antara kita yang berbaiah utk sebuah perjuangan Islam dalam sebuah gerakan Islam, tidak pernah terlepas dari perkara ini, ALAM MAYA yang merupakan antara medium utama yang digunakan oleh golongan Abnaul Harakah ini. Sesungguhnya garapan artikel ini saya nukilkan khusus utk mengetuk diri sendiri yang sering lalai dan lemah ini, smg mnjadi peringatn yang berguna juga buat semua.

"Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan" (QS Al Ghaasyiyah : 88)

Dengan perkembangan zaman yang kian moden lagi canggh,plbagai medium mnjadi tapak kepada sebaran dakwah, Alhamdulillah apabila digunakan ke jalan yang betul. Namun, bgitu sedar atau tidak, brapa bnyak laman2 sosial yang ada di internet ini kita gunakan dengan sbenar-benar hakikat berdakwah?..

Namun, marilah kita renung sejenak..
SIKAP yang saya nak tekankan di sini ialah sifat MALU dengan bukan mahram.
Contohnya melalui shoutbox, sistem pesanan ringkas(sms), facebook, Yahoo Messenger (YM) dan lain-lain.

Peringatan buat dri ini, dalam 10 penggunaan, sedar atau tidak boleh dikatakan 8 daripadanya membawa kita kpada kelalaian. Sebagai seorang pndokong kpada gerakan islam, kita sering meletakkan ‘mnjaga ikhtilat’ dalam dri namun apabila berada di alam maya, kita mnjadi LUPA DIRI. Baik muslimn mahupun muslimat, astaghfirullahalzim , sedar kah kita?


APAKAH SEBENARNYA YANG DIKATAKAN IKHTILAT DI ALAM MAYA?

Dalam seminggu mahupun satu hari, boleh kita kira berapa kali kita online utk membuka facebook atau YM atau mana2 lagi lamn? Pasti lebh mudah kita kira brapa kali x online utk buka perkara2 tersebut.

Kemudian,apabila YM, kira pula berapa kali kita mnggunakan YM@Facebook ats tujuan utk berkomunikasi dengan yang berbeza jantina, antara min dan mat untuk urusan2 agama? Dalam 10 ‘perbncangan’ ,boleh dikatakan 6 mhampiri atau juga melaghakan, pasti ada yang kita selitkan dengan perkara2 yang melalaikan samada sedar atau tidak.

Bergurau senda di antara min dan mat, tanpa ada tujuan sedangkan telah di perincikan oleh ulama’2 muktabar garis panduan interaksi antara min dan mat.
Secara rumusannya bolehlah disebutkan bahawa interaksi dan komunikasi yang berlaku antara muslimin dan muslimat yang ajnabi sepatutnya meraikan beberapa syarat seperti berikut:

- Meraikan suasana
Pastikan tidak meleret-leret hingga keluar dari topic asal.
- Perincian Topik
Perincian terhadap topik ini akan dilihat daripada beberapa aspek dan isu.
- Menjaga adab-adab percakapan
Hubungan dan interaksi tersebut tidak berlaku kecuali atas keperluan untuk menunaikan amanah jamaah dan membereskan segala tuntutannya.

Perlu kita sentiasa beringat sebagaimana dalam Surah Al- Ahzab, ayat 53, Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan bila mana kamu meminta sesuatu kepada mereka (isteri-isteri Rasulullah) maka mintalah dari belakang hijab.”

Di dalam Surah An-Nur ayat 30 dan 31, Allah berfirman yang bermaksud:

“Katakanlah kepada lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka yang demikian itu lebih suci.”

FirmanNya yang bermaksud:

“Orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan itu saling mambantu menjalankan tugas menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar.”

Maka perlunya untuk kita sama-sama memahami dan menjaga ikhtilat di alam maya ini supaya prjuangan Islam yang kita bawa ini benar-benar dirasai kemanisannya apabila setiap sudut yang membuka kepada ‘lagha’ itu kita jauhi malah digunaka utk menyampaikan dakwah.

Sama-samalah kita koreksi diri, adakah kita mnjaga setiap plakuan kita? Beruntunglah Yahudi melihat lambakan dari pnggerak dakwah sendri menggunakan ciptaan mereka mengikut acuan yang mereka tetapkan, mncapai objektif utk melalaikan. Ini baru sentuh bab ikhtilat di alam maya, blum lagi bgaimana kita melalaikan dri dengan nikmat kemajuan ini..

Walaupun pada mulanya hanya niat untuk menuntut ilmu, bertanyakan hukum hakam, tetapi lama kelamaan bergurau dan mengusik.

Lama-kelamaan, perasaan minat, suka dan rindu tersemai.

“Isk, seronoknya kacau ‘dia’ ni.”

“Hari ni apa update dia di facebook ye?”

Sejurus sahaja orang yang diminati update status di facebook, terus sahaja ditinggalkan komen di facebook mereka.

Jadi, sama-samalah kita cuba sedaya upaya utk tidak mnjadi seorang ‘penagih’ kepada laman social yang menyebabkan kita lalai tetapi jadilah kita ‘ketagih’ utk mendapat mardhatillah.

Bagi mnutup artikel ini, saya bawakan suatu analisis kes yang diperoleh drp sahabt.

KES:

Td ana bru sahaja terchatting bersama salah seorg daripada banat x- amin, ahli YG fasa kita. (Ana ditegur oleh dia, dan apabila ana menta'aruf diri ana sbg seorg banin, maka dia terus berhenti dari meneruskan perbualan, dgn katanya "xpelah xnk sembang dgn bnn". Ana setuju, kami masing² menghentikan perbualan. begitulah berakhirnya) .


ANALISIS KES:

1. Banat yg berkenaan dgn kefahaman yg dia miliki berusaha utk mengelakkan daripada berlakunya ikhtilat tak syar'ie.

2. Ikhitlat yg kita semua cuba elakkan adalah ikhtilat tak syar'ie. Tapi ana tak pasti, adakah semua dikalangan kita memahami tentang apa yg dimaksudkan dgn ikhtilat tak syar'ie ?. kerana di sana terdapat ikhtilat Syar'ie yg dibenarkan oleh syara'.. yg hukumnya jatuh menjadi harus.

3. Apakah keadaan dan status medium YM yg kita gunakan dalam Muamalah bighairi an-Nazhar baina mukhatabatain fa aksar, baina Rijal wa Nisa' (komunikasi tanpa melihat antara dua communicator atau lebih, antara lelaki dan perempuan), adakah dikira sebagai medium ikhtilat tak syar'ie atau ikhtilat syar'ie ?

4. Jika YM ini adalah medium bagi ikhtilat tak syar'ie antara lelaki dan perempuan ajnabi atau bukan mahram, maka apakah boleh kita menggunakannya? apakah bezanya antara YM dan YG?, yg keduanya² merupakan wasilah berkomunikasi atas dasar sms dan emel, dgn perbezaan YM (komunikasi secara langsung) manakala YG (komunikasi secara tak langsung).

Jika YM merupakan medium ikhtilat tak syar'ie maka YG juga jatuh hukum ikhtilat tak syar'ie? Kerana dalam YG juga berlakunya hubungan komunikasi antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram. (ini adalah pendapat yg agak syadid, menolak penggunaan kedua²nya secara total dari konteks asasnya tanpa ruang toleransi).


5. Perbezaan kedua; YM merupakan bentuk komunikasi personal dan privacy antara 2 individu manakala YG komunikasi dalam bentuk umum lebih daripada dua individu. Dalam erti kata lain YM blh dikira sebagai medium berdua²an ikhtilat tak syar'ie yang dilarang oleh Islam. manakala YG terkeluar daripada kondisi berdua²an kerana komunikasi yg berlaku walaupun antara lelaki dan perempuan bkn mahram, ianya diketahui umum. (Ini adalah pendapat yg mu'tadil, tak brp syadid, memberi ruang toleransi dan membezakan secara jelas konteks asas penggunaan YM dan YG)

6. Dalam sudut yg lain, pendapat yg membenarkan penggunaan YM dengan mengatakan bahawa YM tak termasuk dalam medium tak syar'ie dgn berpegang bahawa ikhtilat tak syar'ie hanya berlaku apabila perbualan itu terdapat unsur² yg tak baik. Jika perbualan itu berkisar ttg perkara² asasi dan umum seperti: kabar sihat sakit, pengajian, kerja dsb serta tak meleret² tanpa tujuan maka ianya adalah dibenarkan.


PENJELASAN:

Dalam masalah ini, kita mempunyai beberapa pilihan berdasarkan beberapa qaedah fiqhiyyah;

1. Pilihan pertama: kita menolak secara total komunikasi antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram via YM berdasarkan qaedah 'Saddu az-Zara'ie'. (menyekat atau menolak segala punca berlakunya ikhtilat tak syar'ie kerana dikhuatiri kita tak mampu mengawalnya jika dibiarkan berterusan). qaedah ini agak syadid dalam konteks muamalah alam maya.

2. Pilihan kedua: kita tidak menolak secara total komunikasi antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram via YM berdasarkan qaedah 'La Tafrit Wa La Ifrat '. (Tidak terlalu longgar dan tidak terlalu melampau). Melalui qaedah ini kita mengawal perbualan kita supaya tidak meleret² tanpa hala tujuan dan terkeluar dari maslahat asasi dan umum. KIta tak terlalu syadid menolak penggunaan YM sehingga menolak qaedah 'al-Aslu fil Asyya' al-Ibahah' (Asal sesuatu perkara itu adalah harus atau dibolehkan).

sebenarnya ada byk lg perbahasan dan bermacam² qaedah fiqhiyyah yg menyentuh bab muamalah antara lelaki dan perempuan bukan mahram secara umum mengikut jumhur. cuma ana hanya menyentuh berdasarkan skop asas maslahah sahaja tanpa huraian lbh dalam.

KESIMPULAN:

Ikhtilat dalam Islam terbahagi kepada 2:

Ikhtilat Syar'ie dan Ikhtilat Tak Syar'ie.

Ikhtilat Syar'ie dibenarkan oleh Islam berdasarkan hukum harus iaitu khusus kepada sebarang bentuk muamalah maslahat umum selagi mana tidak bercanggah dgn Al-Quran dan As-Sunnah.

Manakala Ikhtilat Tak Syar'ie adalah dilarang oleh Islam kerana jelas bercanggah dgn Al-Quran dan As-Sunnah.

Maka, kesimpulannya terpulang kepada kita untuk menggunakan mana² qaedah yg dirasakan terbaik dan sesuai bagi diri masing². Samada syadid atau mu'tadil, keras atau bertolak ansur, kerana Islam adalah agama yg mudah dan tak membebankan berdasarkan syarah atau huraian sebuah Hadis Sahih yg juga merupakan salah satu daripada qaedah utk kita beramal dgn agama Islam ini: al-Akhzu bil Yasir wa Tarku at-Ta'siir. (Ambil yg hukum yg ringan dan tinggalkan hukum yg berat demi kemaslahatan diri kita).

Sila respon demi maslahat bersama...

waAllahu'alam bi ilmin Zaid 'Ala Zatih.


" Kamu sentiasa menjadi alim selagi kamu menjadi pelajar; maka apabila
kamu merasa cukup (perasaan kaya ilmu)... kamu telah menjadi jahil"

Riwayat Al Imam Ibn Abd Barri dan Abdul Ghassan (Riwayat Muslim)

Sumber:
http://kelanafaqir.blogspot.com/2010/06/nota-68-ikhtilat-alam-maya.html
http://sahabat-arrashidin.blogspot.com/2010/10/ikhtilat-alam-maya.html

Friday, November 19, 2010

Nostalgia Semalam

"Ayong..achik ada menda nak bagi kat Ayong,tapi Ayong buke kat rumah kekgi la neh.."
"Time kasih Chik..Ok.."
Waktu pemberi hadiah tu terlelap di dalam bas,aku perlahan-lahan buka sampul surat yang telah dihulurkan sebentar tadi..

warkah buatmu...

citaku untuk melihatNya
namun, mampukah aku menggapainya
andai hati sering berpaling...
perjalanan ini sungguh sukar
terlalu banyak duri yang melukai
terlalu gelap untuk dilalui
ah...lemahnya diri
mudah goyah pada bisikan naluri
mudah tertipu pada lintasan hati

kutelusuri jalan yang bersimpang-siur
letih, penat, sesat mencari jalan pulang
hampir tersungkur menyembah bumi
namun sinarmu tiba-tiba mencelah di sebalik rimbunan
memberi harapan kutemui denai kehidupan

ketika jejak kasih sayang Allah sudah mulai tampak di halaman kalbu,
awan mahabbah dan kabut cinta Allah sedang berarak di langit hati,
petanda rahmat hidayah akan turun menyirami taman jiwa.

Ya Allah...
hijabkanlah hati ini dari mengejar cinta selainMu
ya...ia memang fitrah
namun mudah tergelincir ke lembah fitnah
Ya Allah...
didiklah hati hamba untuk mencintaiMu
peliharalah hamba dari musuhMu
kuatkanlah hamba pada jalanMu

buat diri yang sering bermimpi
bangunlah dari lena
bukalah mata melihat dunia
alam ini sedang tersenyum melihatmu
menyambut kedatangan serikandi setia
thabat mempertahankan kesucian diri
walau hati sering ditiup angin sukma

wahai serikandi mujahid yang setia
tinggalkanlah hari semalam yang menyakitkanmu
kerana hari ini menantimu dengan kalungan bahagia
di gerbang cita keemasan
yang pernah kau dulang
dan akan terus kau perjuangkan
kerana dirimu adalah baldu hati ummah
yang takkan hakis dipukul mehnah

dan janganlah kamu berasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan ummah) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu) padahal kamulah orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang (sungguh-sungguh) beriman. al-imran:139

buatmu
yang tidak terlihat dek mata
juga tiada di sisi
tapi sering menyinggah di taman hati
pergilah...
pergilah menjauh ke dasar lautan jihad
cukuplah kalam yang berpesan
kerana hati sudah berhenti berbicara

wahai hati,
teguhlah...sabarlah...
andai rebah, bangkitlah!
andai jatuh, bangunlah!
jangan menyerah
jangan mengalah

iringilah segala pengorbananmu dengan doa
dambakanlah singgahsana bersama para syuhada'


24 ramadhan 1431

Terima kasih anak usrahku.Doakan Ayongmu terus tabah mengharungi kehidupan..

Thursday, November 18, 2010

Ya Allah,peliharalah cintaku..

SAJAK AMINAH QUTB

Salam semua, kali ni ana ingin berkongsi sebuah sajak dari Aminah Qutb yang merupakan adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta Allah tiada penghujungnya,

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga,

Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh Mu kepada ku,
Maka,
campakkanlah kedalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana Mu,

Namun,
andainya dia bukan jodoh yang ditetapkan oleh Mu kepada ku,
berilah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepada ku.

-

Semoga Sajak ini menjadi dorongan dan panduan buat kita semua dalam pengertian sebenar Cinta itu. :)

Sunday, November 14, 2010

Ujian atau Pilihan Seorang Dai'e?

Assalamualaikum,segala puji dan puja buat Allah,Tuhan sekalian alam.Salam dan selawat buat Murabbiku yang tercinta,Rasulullah yang amat dirindui.Alhamdulillah,Allah mengizinkan ana untuk terus berbudi di bumiNYA.Di kesempatan ini juga ana berpeluang untuk 'update' amanah ana ini.

Pada hari ini,ana terpanggil untuk berkongsi tentang satu fenomena yang sering ana perhatikan di kampus ana.Ini banyak berlaku dalam kalangan pejuang-pejuang Islam dan penggerak tarbiyah.Ramai yang diuji dengan ujian 'masalah hati' ini.Fenomena yang ana maksudkan ialah,fenomena ' adik angkat kakak angkat'.Ana tidak bermaksud ingin membuka aib mana-mana pihak,walaupun ia terkena atas batang hidung ana sendiri pun,ana terpaksa menerimanya sebagai satu peringatan supaya perkara yang boleh mengundang kontroversi ini dapat dileraikan untuk maslahat ramai pihak.

Ana pegang kata-kata ini," Tumpanglah kasih tapi jangan runtuhkan kasih yang telah sedia ada".Saat merenung maksud tersirat daripada ayat yang ringkas tetapi berbisa ini,ana lantas terfikirkan macamana pembahagian kasih yang dibuat kepada orang-orang yang berada di sekeliling ana.

Ana tidak menghalang seandainya sahabat baik ana ingin menjadi isteri kedua kepada seorang mujahid atas dasar perjuangan,namun nasihat pertama yang ana akan khabarkan kepadanya ialah,tumpanglah kasih tapi jangan sampai enti runtuhkan kasih yang telah sedia ada.Maksud ana,jangan disebabkan kehadiran kita di dalam kelompok mereka menyebabkan ikatan kasih sayang antara mereka menjadi semakin renggang.itu adalah CONTOH!Ana ulang,CONTOH!Kita berbalik kepada realiti.

Kadang-kadang ana suka melihat orang cemburu dengan orang lain kerana orang yang disayanginya turut disayangi bahkan rapat dengan orang lain.Ana tidak berniat untuk zalim terhadap orang lain kerana puas melihat apa yang ana pernah rasai,tetapi ana harap sedikit sebanyak mereka dapat mengenal erti kasih sayang dengan skop yamg lebih luas.Kasih yang tak bersyarat.Bukan rapat dengan orang tertentu kerana kepentingan kita sendiri sahaja.

Berbalik semula kepada fenomena itu,ana tidak melarang seandainya dengan keakraban yang ditunjukkan itu dapat menarik hati lebih ramai mad'u.Tetapi hakikat yang terpaksa ditelan ialah,terpaksa menerima penolakan gagasan dakwah yang dibawa kerana sikap yang disebutkan oleh orang yang terlibat dengan fenomena ini.Kadang-kadang ana terfikir,Rasulullah sangat akrab dengan Saidina Abu Bakar,sehingga pernah ditanya oleh sahabat lain,siapa wanita yang paling kamu cintai?Jawapan Baginda,Aishah.Kalau lelaki,yang paling kamu cintai?Jawapan Rasulullah,bapanya.Kita sendiri telah sedia maklum tentang keakraban mereka seperti yang disebut di dalam sirah,sewaktu penghijrahan dari Mekah ke Madinah dan pelbagai lagi peristiwa penting di dalam Islam,tetapi mengapa tidak pernah ada sahabat Baginda yang menyatakan bahawa Nabi memilih kasih?atau istilah famous pada hari ini,pilih bulu?

Ana syorkan,cubalah untuk berempati dengan situasi yang orang lain alami.Seperti contoh,seandainya kita sendiri rasa terkilan seandainya anak yang kita jaga lebih rapat dengan sanak saudara kita berbanding kita,mengapa kita sendiri tumpang sekaki dengan pernah merampas kasih anak orang lain daripada ibunya?Analogi yang boleh difahami seandainya dinilai dengan mata hati.

Bukankah kita mengaku ingin mengikut Sunnah Nabi? Nabi sendiri menunjukkan qudwah dalam menjalinkan ukhuwwah.Kita cuba kotakan apa yang pernah kita sebut.." I try to follow your way".Atau adakah ini ujian buat para dai'e yang telah Allah sediakan sebagai wadah untuk mereka menjadi yang terbaik dalam berukhuwwah?Fenomena ini ujian atau pilihan?Andai post ini membuatkan hati mana-mana pihak terluka,ana mohon maaf.

Friday, October 8, 2010

Contohilah Umar al-Khattab



Sabda Nabi: "Berpegang teguhlah pada sunnahku dan sunnah para Khulafa' ar-Rasyidin dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham(pegang dengan kuat)."(Hadis riwayat Abu Daud & Tirmizi)

Berdasarkan hadis Baginda yang mulia ini,saya rasa ingin berkongsi tentang salah seorang daripada Khulafa' ar-Rasyidin.Saya sangat gemar meyoroti kisah hidup insan ini kerana beliau adalah insan istimewa.Insan yang dimaksudkan ini ialah Saidina Umar al-Khattab.Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa mesti berkongsi tentang beliau.Jawapannya ada di sini..

Saidina Umar al-Khattab.Di antara 2 Umar yang didoakan oleh Rasulullah,Umar al-Khattab yang telah dipilih oleh Allah untuk menjadi pendokong agama Islam dan perjuangannya.Sebelum keislamannya,adik perempuannya Fatimah pernah ditampar kerana mengikut agama Muhammad,namun alunan ayat-ayat cinta dari Yang Esa meruntun jiwanya.Beliau juga adalah salah seorang sahabat yang dijanjikan syurga untuknya.Beliau insan yang dikenali dengan ketegasan dan keberanian.Sehingga saat pengislamannya diisyhtiharkan,beliau mencabar sesiapa yang berani menghalangnya untuk bersama Baginda Nabi SAW dengan ancaman akan kehilangan anak dan isteri.Tiada siapa yang berani menghalang.Sehingga dikisahkan syaitan sendiri gerun dengan Saidina Umar ini.

Namun sahabat,insan yang hebat bukanlah orang yang merasakan dirinya mulia di sisi Allah.Umar al-khattab yang sangat dikenali keperibadiannya yang keras,apabila mengambil wudu',beliau pengsan sahabat..Pengsan kerana gerun akan azab dan siksaan daripada Allah SWT.Di saat matanya menatap tangan yang pernah menanam anak perempuan hidup-hidup di zaman jahiliyahnya,beliau menangis.Kesal dengan dosa-dosa silam walaupun hakikatnya beliau di sisi Allah selepas Islam adalah berfitrah suci seperti bayi yang baru dlahirkan.Sangat hebat muraqabahnya terhadap Allah SWT..Bagaimana pula dengan kita?Adakah kita rasa insaf dengan epilog silam yang penuh kelam yang pernah kita lalui?Atau kita terus tegar melakukan dosa dan noda?Pernahkah kita berusaha mengikuti tauladan Umar al-Khattab ini??..

Pernah ada seorang sahabat beliau berkunjung ke rumah Saidina Umar..Pada ketika itu,sahabat tersebut terkejut dengan keperibadian isteri Saidina Umar yang nampaknya lebih tegas dan garang berbanding Saidina Umar..Si Isteri,maklumlah kuat berleter..Pada ketika itu sahabat tersebut bertanya kepada Saidina Umar,bagaimana kamu masih boleh bertahan dengan isterimu yang sebegitu?Namun jawapan Saidina Umar,bukankah dia telah melahirkan anak-anak aku dan menguruskan hal ehwal rumahtanggaku..Salahkah aku bersabar dengan sedikit sahaja kekurangan isteriku itu?Nah..jawapan yang lahir dari seorang pemimpin..Bayangkanlah,beliau adalah seorang khalifah,seorang PM sebuah negara Islam..Saya ulang,PM sebuah negara Islam..Kehidupan seorang pemimpin sememangnya memenatkan,sunnah orang berjuang.Seandainya kita mengepalai sesebuah organisasi kecil sekalipun,amanah itu sangat berat untuk dipikul.Berat di dunia dan berat pula hisabnya di akhirat kelak.Apabila penat,kita mudah bermain dengan emosi.Namun,beliau masih mampu bersabar dan berlapang dada serta masih mampu memandang positif dalam pelbagai keadaan.Senario pada hari ini,si suami tanpa perikemanusiaan mendera isteri dan anak-anak.Puncanya anak kecil menangis pada malam hari.Rumahtangga jadi berpecah belah akibat tidak mampu mengawal diri.Sudahkah kita mencontohi cara baginda Nabi dan Umar al-Khattab mengengalikan rumahtangga kalau begini situasi masyarakat kita pada hari ini?..

Kepimpinan Saidina Umar.Pada lewat malam memantau keadaan rakyat.Sehingga tangan mulia itu pernah memasak untuk sebuah keluarga yang anak-anaknya tidur dalam kelaparan.Sepanjang tempoh pemerintahan Saidina Umar dan khalifah-khalifah lain,sistem perundangan islam tetap diteruskan.Namun,sewaktu beliau memerintah,beliau pernah memansuhkan hukum hudud buat sementara waktu ketika mana
penduduk Madinah diuji dengan musim kemarau.Rakyat diadili dengan penuh saksama.Tiada ISA,tiada penjara yang menyumbat tahanan tanpa bicara.Inilah contoh pemimpin yang mengutamakan rakyat dengan mendahulukan pandangan Allah.Bagaimana pula dengan pemimpin dunia yang gah berkuasa pada hari ini?Islam diamalkan separuh-separuh.Sesetengah hukum yang dirasakan ketinggalan zaman,ditolak ke tepi.Rakyat ramai yang kebuluran tetapi pemimpin terus bermewah dengan hasil kekayaan bumi.Sewaktu menyambut maulidur Rasul,waktu itu baru kalut nak tunjukkan cinta dan sayang pada Nabi.Namun,itu bukan erti kasih sayang terhadap Baginda dengan sebenar-benarnya.

Saya pernah berpesan kepada diri saya,bahawa hidayah milik Allah.Namun,para pendakwah tidak harus berputus asa untuk meramaikan Hamba Allah kembali kepada Fitrah.Ya Allah..jadikanlah hatiku selembut hati Saidina Umar al-Khattab dan jadikanlah keperibadianku sebagaimana keperibadian hamba-hamba yang dicintaiMU..

P/s: Untuk muslimin yang rasa tak tahan dengar gangguan tangisan si kecil,tak payah la kahwin lagi..

Tuesday, October 5, 2010

Buta Syariat



Warga dunia kita semakin tenat.Doktor perubatan mendapat permintaan yang tinggi di seluruh dunia.Apabila sudah tidak mampu diubati melalui perubatan moden,ramai yang kembali kepada perubatan islam(bukan tak boleh berubat melalui perubatan islam.Bagus dah..ana maksudkan yang tak nak junjung islam).Apabila sudah buntu,Islam juga akan dirujuk.Saat bayi dilahirkan,kalimah yang akan didengar pada awal permulaan hidupnya adalah kalimah tauhid.

Namun, dunia yang menjadi syurga buat insan yang sering melupakan Allah menjadikan mereka buta syariat dan terus jahil dalam beragama.Bukan tidak tahu etika pemakaian dalam islam,tapi buat2 tak tahu.Bukan tak tahu cara pergaulan antara insan berlainan jantina,tapi buat2 rasa macam tak tahu..Dalam menongkah arus kehidupan,islam dijadikan sebagai tempelen semata2.Mungkin hanya sekadar islam di dalam Mykad.Hakikat kehidupan sebenar,sangat jauh dari Islam.Namun saat ajal mendekat,ustaz juga yang dijemput untuk mengajarkan ucapan Syahadah.MasyaAllah..

Banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan,penyelesaian terakhirnya adalah Islam.Ramai yang ingin kembali kepada lunas-lunas islam.Tetapi,kenapa mesti hanya dalam perkara-perkara kecil sahaja?Pemerintahan Islam?Ada yang berkata,"No,nanti kalau puak2 kopiah memerintah negara,tertutuplah sumber rezeki kita.Tak bernyawalah disko kita nie." Ada juga yang kata,"kalau buat hukum hudud,mencuri potong tangan kanan,mencuri lagi potong tangan kiri pula..Tak da tangan..apa salahnya kita bagi kerja kat orang mencuri tue" Nie mai nak khabaq,dalam islam bukan senang2 je nak jatuhkan hukuman.Ada kaedah2 fiqh yang kita guna untuk selesaikan masalah..Hang takkan tak tau kot..Atau hang sembunyikan kebenaran yang hang tau semata2 sebab jaga periuk nasi? Cek nak khabaq mai,tak dak orang yang pertahankan islam yang miskin papa kedana yang pernah cek jumpa..Buta syariat ke buat2 buta?

Masalah pembuangan anak luar nikah,adakah lebih baik merawat berbanding mencegah?Nah,pandangan ahli hikmah ditolak mentah-mentah.Pendidikan seks diajar di sekolah-sekolah sekular di seluruh negara.Kenapa perlu ada silibus ini?Kata pemerintah,melalui pendidikan ini,jumlah pelajar hamil di Amerika Syarikat menurun.Kita ambik apa yang baik..Sahabat sekalian,dunia hari ini seolah2 menyatakan yang salah adalah hamil,bukannya berzina!! Apabila berzina,tetapi tidak hamil,itulah praktikal pendidikan seks.Berjaya dalam praktikal untuk orang yang buta syariat.Firman Allah berupa peringatan diabaikan.Masya Allah.

Wahai Hamba Allah sekalian,kembalilah kepada fitrah sucimu..Islam tidak akan tempang tanpa kita tetapi kita yang akan tempang tanpa islam..

"InnaAllaha yubibbut tawwabin wa yuhibbul mutatohhirin.."