Dari November lepas, blog ini tidak diupdate. Jadi, teringin rasanya ingin berkongsi secebis pengalaman sepanjang saya bercuti panjang ini.Cuti panjang yang sangat membosankan andai tidak dimanfaatkan sebaiknya. Lamaran-lamaran kerja, menjadi pendidik dan dijanjikan dengan gaji yang agak lumayan bagi saya yang masih bujang ditolak dengan cara yang baik. Matlamat saya sekarang untuk berbakti di watan sendiri setelah bertahun-tahun bermastautin di negeri orang.Alhamdulillah,keluarga memberikan sokongan dan dokongan untuk saya bergiat di dalam gerakan islam ini. Peluang dan ruang yang luas terbentang yang saya miliki sekarang mungkin tidak dapat lagi saya menikmatinya secara total setelah berumahtangga dan menyambung pengajian kelak. Selepas ini, lebih banyak komitmen yang perlu saya hadapi seandainya usia saya dipanjangkan oleh Allah.. ^_^ Semoga panjanglah usia dan banyak pula berbakti kepada agamaNYA..
Terima kasih Allah, kerana menganugerahkan saya teman sepermainan dari zaman kanak-kanak yang juga merupakan teman seperjuangan saya sekarang. Betapa seronoknya, bergerak saban hari ke merata tempat berdua, dengan menaiki sebuah motosikal. Teman yang gemar tersenyum apabila kami sama-sama meredah hujan lebat mahupun cuaca panas terik. Beliau sentiasa positif menerima apa jua situasi mahupun kondisi..Benar, dialah sahabat baikku.. Mudah-mudahan akan terus setia menjadi teman dunia akhiratku..Terima kasih Nik.. =)
![]() |
Kita serasi.. =) |
![]() |
We Unite For ISLAM! |
![]() |
Kami Epal Hijau :) |
" Islam itu tinggi. Tiada yang lebih tinggi darinya"
Semoga Allah memilih kita untuk terus thabat dan istiqamah di jalanNYA..
Salam pencerahan fikrah bagi pejuang-pejuang Islam yang sedang berhadapan dengan virus-virus merbahaya. Kita boleh ubah pemikiran kita, namun jangan sesekali meninggalkan Ilmu dan Tarbiyah di tepi dan memperjuangkan semangat semata-mata.. Fikir-fikirkan dan selamat berubah ke arah yang lebih baik! Assalamu'alaikum.. ^_~
Semoga kekal menjadi sahabat sampai syurga.. :)
ReplyDeleteAmiin Ya Rabb.. =)
Deletedi mana bumi dipijak di situ ISLAM dijunjung..Jazakillah khair jaza', ukhti.Insyaallah, sahabat selamanya. Moga-moga kita dipilih Allah untuk terus bersama di jalan ini.Amiin :)
ReplyDeleteInsyaAllah.. Islam berdaulat, Ummat sejahtera.. =) amiin.. Smg kita akan terus dipilih oleh Allah.. Ukhuwwah fillah.. ^__^
Deletebagus2...
ReplyDelete