Tuesday, May 3, 2011

Indahnya bersama..serikandi Khaulah..

Assalamu'alaikum..
Kami 5 serikandi Khaulah al-Azwar..
Kami ada persamaan:
-Kami berlima adalah rakan sekumpulan sewaktu Minggu Haluan Siswa, bersama dalam satu kumpulan yang agak kontroversi namanya iaitu Insoff
-Kami adalah naqibah usrah
-Masing-masing pernah memegang jawatan di kampus
-Kategori ulat buku, terutamanya Uda..
-Suka berkongsi pandangan walaupun berjauhan, buktinya sampai hari nie, tak putus hubungan..Masih berkongsi masalah..
-Semuanya bercermin mata =)
-Suka pergi 'jalan-jalan', kalau outing ke KKB, mesti singgah kedai yang ada kerusi dan meja..(Adik yang bagi nama..)
-Kami adalah produk tarbiyah yang dilatih pada masa dan tempat yang sama..hmm...
-Kalau outing sesama, pasti pakai baju warna tema..=)
- Suka makan bihun sup buatan sendiri, selain mihun tom yam.. Kalau mihun tom yam menjadi juadah usrah, mesti Adik dan Ateh berebut sayur yang dipanggil 'pokok'. dan Uda hanya memerhati sambil berkata,"Hish korang nie..hahaha.."
-Kami berlima masing-masing rasa dihargai.. Ceritanya, pada suatu hari, aku, Anje dan Uda menaiki bas yang sama untuk ke suatu destinasi, manakala Adik dan Ateh menaiki bas yang satu lagi.. Sewaktu nak turun sarapan pagi, kami bertiga turun sekali memandangkan teman yang lain semua dah bergerak.. Tetiba aku dapat mesej daripada Adik,"x aci.. Ucu g makan dengan Uda n Anje.. Ksian kita ngan Ateh.." Hahaha.. Tergelak besar kami 3 beradik.. Sampai nak naik balik bas tu pun, masing-masing masih menguntum senyuman.. Cemburu tanda sayang..=). Cerita kedua, biasanya kalu usrah kami buat makan-makan, semuanya akan masak sendiri.. Kelima-limanya akan turun sama bergotong-royong.. Ada teman yang lain cakap nak join usrah kami, kami mengusik, tak boleh tak boleh...huahuahua.. Last sekali, semua kena pulun makan hidangan yang tersedia..=) Saje je nak acah..huhu..
-Tapi kan..apa yang paling istimewa ialah.. Kalu kami buat usrah, tak kira dari zaman bersama naqibah sehingga sekarang, last-last pasti muka kami berlima yang datang..=) Mula-mula memang terkilan, tapi lama kelamaan kami jadi kalih.. Best jugak andai berlima sahaja..Banyak menda boleh berkongsi bersama.. ;) Adik-beradik lain jangan terasa ye.. =)
-Ukhuwwah kami berlima tidak pernah sunyi dari ujian.. Namun Alhamdulillah, ujian itu makin mengeratkan kami.. Syukur padaMu Allah, kerana meraikan dan peduli akan ikatan hati kami ini..
- Alhamdulillah, ukhuwwah kami sedikit sebanyak dapat menguatkan semangat kami untuk terus melangkah..Moga kami berlima akan terus setia bersama dalam satu perjuangan..Walau tak sentiasa bersama ke mana sahaja,hati kami akan tetap bersama.. moga selama-lamanya..Salam perjuangan buat adik-beradik Khaulah..=)

4 comments:

  1. salam alayk ucu!
    wah.. jeles anjang lah.. tersenyum baca blog ucu ni. b4 ni xterperasan pulak korg berlima mmg sumer pakai spek.. waa hebat lah robitah hati.. pasni anjg pon nk buat jugak lah, tapi versi yang lain sikit..

    mudah2an ukhuwah fillah ini harum mewangi hingga kesyurga!

    hubbuki fillah wa lillah!

    ReplyDelete
  2. wslm.. la, anjang jgnlah jeles..anjang kan sebahagian dari kami juga..=) amiin..mudah2an berkat doa anjang..syg anjang.. kita bersama kerana Allah, demi Islam..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..
    ucu...uda suka..
    Bergenang airmata uda baca entri ni..
    rindu kat semua..
    ukhuwah yang tak dapat dilupakan...
    Ya Allah..

    ReplyDelete
  4. wslm uda..mg kita dapat berjumpa lagi..huahua..rindu sgt3..

    ReplyDelete