Wednesday, September 8, 2010

Pilihan di tangan anda..!

Tidak dinamakan cinta suci jika nafsu menjadi sandaran utama. Suci ke cinta yang membawa kepada kelahiran zuriat yang bukan pilihan dan tidak berdosa itu? Semoga kita dijauhkan oleh Allah daripada menjadi insan yang membuang Allah dlm menguruskan cinta..
Usrah DQ terakhir yang diadakan sebelum pulang berhari raya di teratak kasih di tepi Tasik Huffaz banyak mengupas tentang isu pembuangan bayi,Hari Kemerdekaan dan Ramadhan Al-Mubarak..Kehadiran ahli usrah pada petang itu adalah kali ke-3 yang keahliannya tidak mencukupi..Hari 2 Adik pergi iftor dengan Yang Dipertuan Agong..=)Tapi keesokkannya kami iftor same2 di bilik Anje..:) Hm..berbalik tentang pengisian usrah ptg tu,isu pembuangan bayi di negara kita nampaknya semakin menyedihkan..Sehingga boleh terkeluar statement dari mulut Achik," Nampaknya sekarang kes pembuangan bayi nie,boleh buat pertandingan sapa paling kreatif dlm membuang bayinya.." Tergelak besarlah kami anak beranak..Time 2 yang terbaru,ada orang buang bayi dgn cara menggantungkannya di signboard di tepi jalan..Macam2lah..Jadi,takleh ke kalu nak ada perasaan cinta 2 pada ajnabi ajnabiyah?

Sebenarnya,kita tidak perlu membuang perasaan fitrah insani mahu mencintai dan dicintai, namun kita kena tahu dan sedar di mana sasaran pengakhiran konsep cinta yang dibawa itu. Macamane kita nak mengendalikan perasaan suci itu..Analoginya, Rumah kita tidak dibangunkan dalam masa sehari, melainkan kita beli rumah siap..itu pun kena kumpul dulu duit untuk mendapatkannya..nak cakapnya,nak dapatkan sesuatu yang berharga mesti melalui jalan yang sedikit sukar..begitu juga kalau nak dapatkan cinta yang diberkati,cinta yang sejati..cinta suci memerlukan perlakuan yang disaluti kesabaran tinggi, di mana terlatih sepanjang masa bersama keimanan yang kental dan utuh.

Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Cinta yang berlandaskan Iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan, sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan Iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan. Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung. Imam Hassan Al Banna mengatakan bahawa: “Dengan dua sayap (Iman dan cinta) inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan”

Bagaimana tidak, jikalau Iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa Iman akan jatuh ke jurang kehinaan. Iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa Iman. Kalau sudah tahu diri ini tidak terbaik di pandangan mata manusia, kenapa tidak berusaha menjadi sebaik mungkin dalam menambah fungsi diri mencapai kebaikan di sisi Dzat Allah Taala?

Kadang2 pernah juga perhatikan kawan2 yang bercouple nie,time nak dating dengan buah hati,pakai baju lawa2,bergosok..wangi2..siap mandi lagi supaya rasa segar apabila bertemu yang tersayang..Tapi bila time solat,telekung sembahyang 3 bulan tak berbasuh..siap ada tahi lalat di bawah dagu telekung tu..Telekung tak bergosok seperti mana time nak mengadap muka orang yang masih belum halal untuknya..Hmm..kenapa kita boleh jadi macam 2..Di mana Allah di dalam hati kita? Masing2 boleh jawab sendiri dengan mata hati yang masih berfungsi..




Teringat pada satu modul usrah yang pernah aku laksanakan untuk anak2 usrah..Modul Bina Masjid..Modul ini dipecahkan kepada 2 kumpulan memandangkan anak usrah aku seramai 9 orang..Masa yang diberi adalah selama 20 minit..Membina masjid hanya dengan menggunakan kertas..tanpa Salotep dan Stapler..Alhamdulillah,anak2 usrah Durrotu Qolbi yang comel2 itu mampu menyiapkannya..Tersenyum aku & Along Mayah.. =) Selepas memberi ruang kepada mereka tentang apa yang mereka faham melalui mata hati daripada modul ini,banyak idea2 bernas yang diutarakan..Antaranya,pembinaan masjid adalah atas dasar taqwa,bukan untuk tujuan bermegah2..Bagus,ada pemikiran dan kefahaman yang baik.. =) Apa yang kami nak sampaikan adalah,pembinaan masjid yang kukuh itu adalah berbahankan keperibadian si pembina masjid iaitu suami & isteri..Kalau pakai semin yang tidak berkualiti sedangkan bahan2 konkrit lain semuanya first class,InsyaAllah akan ada kepincangan yang berlaku nanti..Kukuh tapi tak betul2 kukuh..Paling penting,kita nie yang kena kukuh,InsyaAllah dapatlah yang kukuh..

Sebenarnya aku terfikir nak buat modul 2 selepas menyaksikan fenomena yang kurang sihat yang berlaku dalam kalangan pembawa risalah nubuwwah..Sama ada penyokong,pendokong mahupun pemerhati gerakan dakwah,ada juga yang mungkin 'terbuat'..sedih juga andai golongan yang celik agama pun kurang mahir memanipulasikan teknologi..Teknologi yang pernah dikatakan oleh partner usrah ana,lebih banyak membunuh komunikasi berbanding membina interaksi..

" Salam..Ustazah dah ada orang?ana dah lama perhatikan ustazah.."
" Adik jangan sedih2 ye..abg kan ada.."
" Ustaz,ustaz nie serius tak nak khitbah ana nie?"
" Ana doakan 'ukhuwwah' kita akan membawa kita ke arah bait Muslim yang diredhai.."
" Ustazah,cinta kita bertaut kerana perjuangan suci ini..Ana tak taraddud nak
jadikan ustazah sbg zaujah ana.."

Ana tidak melarang mane2 mujahid mujahidah nak menyatakan hasrat di hati,tapi pilihlah saluran yang betul..kita ada 2 pilihan je..nak pilih jalan yang mulia atau hina..dan cara kita memilih itu adalah pantulan daripada apa yang ada dalam hati kita..hati yang ternoda atau hati yang sentiasa cuba untuk dijaga?..Maaf,ana tak berniat nak buat hati mane2 individu muslim muslimah terasa..Kita same2 muhasabah ye..
Jadi,kita buat lah pilihan..nak bersakit sekarang ke,nak bersakit akan datang? Bersakit sekarang ialah bermujahadah mengendalikan fitrah supaya ia tidak menjadi fitnah..Bersakit akan datang yang dimaksudkan ialah mengharungi rumahtangga yang kurang 'mawaddah wa rahmah'..

Semua orang pernah buat silap..Tapi pintu taubat insyaAllah masih terbuka..Semoga kita sempat untuk menjadi orang yang yang dicintai Ilahi..
"Innallaha yuhibbu tawwabin wa yuhibbu mutatohhirin.."Pilihan di tangan kita kan? Orang yang bijaksana akan buat keputusan yang bijak..Selamat memilih..=)

1 comment:

  1. Ya,pilihan d tgn kta ya ukhti!
    Praktikal trutama buat y fhm. Salam juang!

    ReplyDelete