Tuesday, September 7, 2010

Rindu ini halal..


Bismillah walhamdulillah..Assalam Qablal Kalam..
Assalamualaikum..

" Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu.."

"Ayong..rindunya kat usrah.. :( "
Mesej yang baru sahaja aku terima membuatkan hati ini terasa sayu..Bukan dia sahaja yang merasakan rindu itu,aku juga begitu..Mungkin hubungan erat antara aku dan partner usrahku menyebabkan aku rasa sentiasa membawanya ke mana sahaja aku pergi walaupun dia tidak menyertaiku dalam beberapa program..Bukankah Ustaz Mustafa Mahsyur pernah memberi taujihat kepada para dai'e,dalam perjuangan,perlu ada kasih sayang..dan dai'e itu akan membawa sekali hati saudaranya sewaktu berjuang..
Along..terima kasih atas segalanya..

Hmmm...bercakap tentang rindu,pasti ramai yang pernah mengalaminya..Aku pun tak pernah terlepas..kalau rasa tak pernah ada perasaan nie,semaklah hati kita..
kalau berada kat kampus,rasa nak balik rumah..Rindu kat ayahbonda,family dan semestinya negeri aku sendiri..bak kata orang tua-tua dulu,"hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri.."
Tapi kalau duk lama2 sangat kat rumah ni,rasa rindu kat kampus..khususnya warganya..Rindukan suasana baik kat sana,rindukan masjid,dahagakan berdamping dengan murabbi murabbiyah..dan yang sentiasa aku ingat mestilah adik-beradik seperjuangan aku,adik-beradik usrah,partner usrah & anak2 usrah aku..Eh,nanti cucu2 usrah terasa pula..=)Nek Yong ingat sokmo kat kalian..

Kalau kita nak hitung nikmat yang Allah bagi pada kita,nescaya kita tak mampu..Allah dah ulang banyak kali dalam Quran..i'adah je la ye..Dan kita kena ingat juga,dalam perasaan rindu,sayang yang kita rasa pada makhluknya..jangan sesekali kita mengatasi perasaan cinta,kasih dan sayang kita kepada Allah,Khaliq kita..
Dalam perjalanan hidup nie,susah senang banyakkan bersyukur..Dan perasaan rindu tu,salurkanlah pada jalan yang sebetulnya..Semaikan rasa lebih rindu untuk berhadapan dengan Allah,pemilik hati kita yang abadi berbanding mengecap cinta insani..

Selamat berkasih sayang kerana Allah..Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik..Wassalam..

No comments:

Post a Comment