Sunday, March 3, 2013

c.a.n.t.i.k dan m.a.c.h.o

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah atas anugerah dan nikmat paling besar dalam hidup kita iaitu nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah. Salam dan selawat tanpa cinta dan kerinduan yang tidak terhingga kepada Rasulullah penutup sekalian nabi.
 
Apabila kita mengungkap rasa cinta, kasih dan rindu kepada Baginda Rasulullah, kita perlu sertai perasaan kita dengan sunnah dan pesanan yang telah diwariskan kepada kita sehingga ke saat ini. Setiap kali saya memiliki sahabat, saya tidak mengharapkan dia adalah insan yang sempurna kerana kesempurnaan bukan hak milik kita sebagai seorang hamba. Akan tetapi, saya suka dan bahagia apabila memiliki sahabat yang sudi menyempurnakan saya, menampung segala kekurangan yang saya ada, dan mengingatkan saya agar saya sentiasa sedar yang saya ini adalah seorang HAMBA kepada ALLAH Yang Maha Esa.
 
Alhamdulillah, persekitaran yang baik membantu saya mempunyai sahabat yang juga baik. Bermula dari alam persekolahan, sehinggalah di universiti kini. Terima kasih Allah, kerana menghadiahkan teman-teman yang cantik dan macho kepada saya. (Kalau tiada penjelasan, mungkin kalian fikir yang saya ini memilih bulu dalam bersahabat) ^_^
 
Cantik pada hemat saya, bukanlah keindahan rupa paras semata. Andai akhlak, ilmu dan hemah cantik walaupun rupa tidak seberapa, beliau tetap sangat cantik di mata dan hati saya. Kaitan memilih kawan untuk didampingi yang pernah dipesan oleh Rasulullah, dengan mentamsilkan kawan sebagai penjual minyak wangi dan tukang besi sangat rapat dengan pemilihan pasangan hidup kita. Andai rupa sahaja yang mantap, tapi akhlak dan agama langsung 'tarak', amat malanglah empunya badan dan teman-temannya juga.
 
Semester 2 di USIM. Masih jauh lagi perjalanan ilmu saya. Bahkan sehingga mati. Saya seorang insan yang sentiasa mengharapkan doa kebaikan daripada kalian. Kalianlah teman saya yang cantik dan macho. Terima kasih Allah. :)
 
p/s: Sebagai seorang Da'ie, haruslah kita sedar yang kita perlu BERGAUL dengan semua orang, akan tetapi BERDAMPINGLAH dengan insan-insan yang soleh yang mampu menguatkan kita agar istiqamah di jalan Allah. :)
Ini pakej comel dan macho ;)
 

2 comments:

  1. Berdamping dgn orang yang soleh/ah, tapi jgn tinggalkan sahabat kita yg istimewa...yg sgt memerlukan bimbingan kita..kan ucu kan... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul angah.. sebab tu ucu mention "haruslah kita sedar yang kita perlu BERGAUL dengan semua orang" sebelum berdamping dgn org yg soleh/ah.. =)semoga kita tidak tinggalkan urusan dakwah terhadap diri dan org lain.. ^_^

      Delete