Bismillah, walhamdulillah. Terima kasih Allah, kerana masih mengizinkan hambaMU ini kembali mencatat di blog usang ini. Setelah sekian lama, 'amanah' ini terabai dek kerana kealpaan diri sendiri. Allahu Rabbi.. Selawat & salam buat insan yg sentiasa dirindui, Nabi Muhammad insan mulia, penghulu sekalian Nabi..
November 2011, permulaannya sudah diisi dengan kenangan yang membahagiakan. Mengentalkan diri untuk 'sabar' sepanjang tempoh untuk mendapatkan lesen P kereta, agar bisa ku meghimpit di atas jalan raya.. Selama ni, asyik merempit dengan motosikal je.. Masya Allah, kene tajdidikan niat balik ni.. huhu.. Benarlah, jalan menuntut ilmu perlu melalui jalan kehinaan, hati perlu direndahkan, jiwa perlu diperkasakan agar ilmu bisa melekat di dalam hati.. Test JPJ kereta 15hb ni.. Semoga Allah mempermudahkan urusanku.. Amiin..
Eidul Adha disambut dengan penuh keinsafan, bahawa masih belum tinggi 'tadhiyyah' yang dikorbankan untuk perjuangan islam. Allah.. Bantulah aku sekeluarga untuk terus mengorbankan harta, tenaga, jiwa & raga ke jalan yang diredhaiMU..
8 November, episod gembira, yang telah mengembalikan semula senyuman aku, setelah segala persoalan di minda terjawab melalui butir bicara penuh hikmah oleh figur-figur gerakan islam di negeriku yang tercinta ini.. Persoalan tentang wala', ta'at, syura.. Terjawab satu-persatu, melalui persoalan-persoalan yang telah dilontarkan oleh sahabat seperjuangan yang lain.. Masya Allah, hebat rabitah hati pejuang-pejuang muda yang sama-sama berikrar untuk terus berintima' di dalam jemaah ini. Seolah-olah masing-masing juga mempersoalkan isu yang sama walaupun masing-masing datang dari kampus yang berbeza.. Terbaiklah kalian, geng-geng Terengganu Nelang! =)
"Kita pejuang islam, perlu memiliki sensitiviti yang tinggi.. Rasulullah sendiri apabila gembira, Baginda akan tersenyum penuh ceria. Namun, apabila Baginda kecewa & sedih dengan tindak-tanduk para sahabat, muka baginda akan merah padam. Pesanan seorang pimpinan yang amat aku segani, Orang yang tak dok sensor adalah orang yang mati pucuk! Oleh itu, jom sama-sama kita tingkatkan sensitiviti terhadap isu-isu yang berkaitan dengan perjuangan & islam agama tercinta kita."
Antara perkara yang masih menjadi kesamaran kepada ahli gerakan islam ialah, tentang wala' & ta'at. Menurut Ustaz Saiful Bahri bin Mamat, wala' berkaitan dengan aqidah kita. Manakala, ta'at adalah unsur-unsur wala'. Ta'at tidak semestinya wala' akan tetapi, wala' itu semestinya ta'at. Kita hanya boleh menyerahkan wala' kita kepada pemimpin yang benar-benar ta'at kepada Allah dan menolak unsur-unsur kebatilan. Manakala, kita dibolehkan ta'at kepada pemimpin yang berlainan aqidah selagi mana kepimpinan itu tidak mendatangkan mudhorat kepada kesucian agama Islam. Jelas ke? =) Kalau nak tahu lebih mendalam, kita bincang di balik tabir ye.. (T_T)
9 November : Setelah hampir 4 jam berada di sekolah memandu, dengan sesegera mungkin, ambe berusaha untuk mengotakan janji untuk 'dating' bersama dua orang teman yang sanggup datang dari KT untuk turun menziarahi Imtiaz Dungun, tempat jatuh bangun kami.. Nayah & Nik.. Kami berkesempatan menziarahi teman sejati kami, Nur Fadlillah sekeluarga. Kami diraikan dengan penuh kemesraan oleh mereka.. Dan paling tidak dapat dilupakan, seronok dapat solat zohor & makan tengahari secara berjemaah. Apa erti kalu berintima' dengan jemaah, tapi nak solat berjemaah pun berat nanang.. Ye dok? Ni ambe sampaikan pesanang murobbi ambe je.. ^_^
Para guru di sekolah sempat disantuni, adik-adik juga sempat dimesrai. Alhamdulillah, rezeki kami, langkah kanan kerana Ummi Al-Haddad, cikgu kesayangan yang penuh keibuan mengadakan majlis makan-makan sempena ulangtahun kelahiran puteri bongsu Ummi & Walid.. Puteri Alia Zubaidah sudah berumur 5 tahun.. =) semoga Alia berjaya menjadi mujahidah yang menjunjung kalimah Allah.. Amiin.. =)
terima kasih banyak2 ummi & walid yang sporting.. Sedap yang teramat mi kari hok ummi masok.. :)
Petang itu, Nayah, Nik & ambe sendiri bertolak ke KT. Untuk urusan ziarah mahabbah seterusnya.. Disebabkan kisah kenangan terindah ini teramat banyak isinya, ianya akan bersambung pada episod akan datang.. =) kerana terlalu banyak taujihat yang berjaya dikutip sepanjang permusafiran itu.. Terima kasih Allah.. Terima kasih Ma & Abah kerana percaya kepada puteri bongsu kalian ini, dan mengizinkan diri ini untuk bergiat aktif bersama gerakan..
Terima kasih Nayah, Nik, sekeluarga..
Pengisian usrah bersama Ustaz & Cikgu tersayang berisi penuh ilmiah & mahabbah..
~Kisah ini akan bersambung~ Salam penuh kebahagiaan..
Friday, November 11, 2011
Wednesday, September 14, 2011
Alhamdulillah..
Assalamu'alaikum, bersyukur kepada Allah kerana masih mengurniakan nikmat yang tidak terhitung kepada kita semua..
Alhamdulillah.. Was Syukru Lillah.. atas nikmat usia yg dikurniakan, nikmat kasih sayang sesama ahli keluarga, nikmat kesihatan yang dipinjamkan, nikmat cinta yang dianugerahkan, nikmat masa lapang, dan segala macam nikmat yang dikurniakan kepada kita, yang andai dihitung, pasti kita tidak mampu berbuat demikian.. Syukur Ya Allah.. Ya Allah.. kurniakanlah kasih sayang yang berpanjangan terhadap insan-insan yang ku sayangi kerana-MU..
Dedikasi buat Ma & Abah, semoga Allah merahmati kalian.. Terima kasih kerana telah mendidik kami menjadi insan penyayang.. Buat Along, Abg Khuz, Abg Elly, Kak Anis, Kak Ira, Abg Atif & Kak Ma, terima kasih atas segala kebaikan kalian.. Keluarga kesayanganku, sakitku bisa ku telan, akan tapi sakit kalian, air mataku yang akan menjadi peneman.. Selain Al-Quran & perjuangan, keluarga adalah satu-satunya harta yang paling bernilai buatku.. Kuatkanlah kami sekeluarga Ya Allah.. Kekalkanlah kasih sayang sesama kami hingga ke syurga.. Buatmu teman.. Along Sumaiyah, adik-beradik seperjuangan, anak-anak usrah kesayangan, sahabat handai, para kenalan.. terima kasih atas segalanya.. Teruskan perjuangan kalian..

Thursday, August 4, 2011
Syukur itu perlukan muhasabah!
Assalamu'alaikum, selamat kembali menulis buat diri sendiri. Rasa bersalah kepada blog ni. terbiar usang seperti tiada penghuni. InsyaALLAH, kena lebih cakna lepas-lepas ni. Ramadhan Kareem buat semua teman dan taulan. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan mampu memberi kesan yang besar dalam peribadi serta kehidupan kita.
Sebelum menyambut ketibaan bulan yang mulia ini di desa tercinta, diri ini sempat menghabiskan masa bersama beberapa orang adik-beradik usrah sewaktu masih berada di sekitar kawasan Lembah Klang. Rasa gembira, teruja serta sentiasa ceria bila bersama mereka. Adik,Uda dan Ateh.. Sangat rindu pada kalian..
Juga tidak dapat diri ini lupakan, Anje yang diam-diam ubi berisi. Nampak pendiam, tapi sekali keluarkan hujah, sangat bernas tu. Anje bakal terbang ke Jordan bulan 9 nanti.. Selamat membawa semangat Khaulah al-Azwar ye Anje.. :)
Sebenarnya bukan mahu bercerita tentang mereka, biasalah.. bila dah rindu, muqaddimahnya selalu begitu. Teringat sewaktu pulang dari Majlis Hi-Tea bersama tetamu istimewa, Dr.Rusni Adam, Mantan Presiden Nisa' Malaysia. Dari KTM Seremban, menuju ke Hentian Putra memandangkan malam itu, akan bertolak pulang ke Terengganu. Sewaktu di dalam train, perasaan bosan mula datang. Maklumlah, tiada teman mahu berbual, berkongsi pandangan. Lama-kelamaan, mata mula kuyu dan akhirnya saya terlelap.Tiba-tiba.. Ya Allah.. apa ni.. hati terdetik cemas apabila merasakan ada seseorang merempuh saya dari tepi. La.. budak kecik rupanya. takpe2.. Saya senyum sahaja kepada si kecil itu. Maklumlah, kita pun pernah melalui zaman kanak-kanak. Dia sedang sihat membesar tu.. Sebab tu aktif.. :) Dia sedang makan biskut yang dihulurkan, mungkin ibunya.Tetapi hati terasa kurang senang kerana ada dua orang pemuda yang bersama-sama si kecil tadi menaiki koc wanita. Ni koc untuk wanita ok! Ya Allah.. kenapalah susah sangat orang lelaki nak ikut peraturan ni.. Selalu ada je yang tersesat masuk sini.
Sewaktu di Stesen KTM UKM, ramai penumpang yang turun. Ruang yang luas bersama penumpang yang sedikit memberi peluang untuk saya memerhatikan keadaan sekeliling. Tiba-tiba baru saya perasan, saya tidak mendengar sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut si kecil tadi. Saya menjadi pemerhati yang setia pada waktu itu. Lantas hati merasa sangat sayu, kerana rupa2nya mereka adalah golongan OKU pendengaran. Istilah sebenar saya tidak tahu. Air mata mula bertakung melihat mereka berinteraksi sesama sendiri melalui bahasa isyarat.. Si kecil comel itu, mendakap cium ibu bapanya saya fikir, semuanya tanpa suara. Meminta itu dan ini, tanpa suara. Senyum kepada saya juga tanpa berkata apa-apa. Hanya senyuman yang mampu meruntun perasaan saya.Masya Allah, tabahnya mereka. Saya sendiri yang pernah beberapa kali ke klinik pakar ENT pun rasa tidak mampu seandainya diuji dengan kehilangan nikmat pendengaran. Petang Jumaat yang tenang, mendatangkan muhasabah yang terbaik kepada diri saya. Benar, antara sabar dan syukur, syukur lebih susah untuk dibuat. Kalau kita merasakan kita susah, ingatlah, masih ramai lagi hamba Allah yang diuji lebih susah daripada kita..
Marilah kita sama-sama bersyukur dengan setiap nikmat kurnia dari Allah. Kita akan merasakan sesuatu itu berharga apabila kita kehilangannya. Sama-sama kita hayati peringatan dari Allah yang menyifatkan 'bal hum adhol' kepada hambaNYA yang tidak menggunakan mata, telinga dan hati untuk mencari keredhaanNYA.. Astagfirullahal 'Azim..Ya Allah..ampunilah keterlanjuranku.. Ya Allah..pilihlah kami untuk bersyukur..
Sebelum menyambut ketibaan bulan yang mulia ini di desa tercinta, diri ini sempat menghabiskan masa bersama beberapa orang adik-beradik usrah sewaktu masih berada di sekitar kawasan Lembah Klang. Rasa gembira, teruja serta sentiasa ceria bila bersama mereka. Adik,Uda dan Ateh.. Sangat rindu pada kalian..
| Uda..Adik..Ateh.. |
![]() | ||
| Anje bersama teman baikku.. :) |
Sewaktu di Stesen KTM UKM, ramai penumpang yang turun. Ruang yang luas bersama penumpang yang sedikit memberi peluang untuk saya memerhatikan keadaan sekeliling. Tiba-tiba baru saya perasan, saya tidak mendengar sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut si kecil tadi. Saya menjadi pemerhati yang setia pada waktu itu. Lantas hati merasa sangat sayu, kerana rupa2nya mereka adalah golongan OKU pendengaran. Istilah sebenar saya tidak tahu. Air mata mula bertakung melihat mereka berinteraksi sesama sendiri melalui bahasa isyarat.. Si kecil comel itu, mendakap cium ibu bapanya saya fikir, semuanya tanpa suara. Meminta itu dan ini, tanpa suara. Senyum kepada saya juga tanpa berkata apa-apa. Hanya senyuman yang mampu meruntun perasaan saya.Masya Allah, tabahnya mereka. Saya sendiri yang pernah beberapa kali ke klinik pakar ENT pun rasa tidak mampu seandainya diuji dengan kehilangan nikmat pendengaran. Petang Jumaat yang tenang, mendatangkan muhasabah yang terbaik kepada diri saya. Benar, antara sabar dan syukur, syukur lebih susah untuk dibuat. Kalau kita merasakan kita susah, ingatlah, masih ramai lagi hamba Allah yang diuji lebih susah daripada kita..
Marilah kita sama-sama bersyukur dengan setiap nikmat kurnia dari Allah. Kita akan merasakan sesuatu itu berharga apabila kita kehilangannya. Sama-sama kita hayati peringatan dari Allah yang menyifatkan 'bal hum adhol' kepada hambaNYA yang tidak menggunakan mata, telinga dan hati untuk mencari keredhaanNYA.. Astagfirullahal 'Azim..Ya Allah..ampunilah keterlanjuranku.. Ya Allah..pilihlah kami untuk bersyukur..
![]() |
| Muhasabah memupuk rasa bersyukur! |
Monday, May 16, 2011
Ke arah Malaysia yang lebih baik!
Marilah kita bersama-sama melaksanakan amar ma'ruf dan nahi mungkar.. Cetuskan kesedaran dalam diri untuk mengubah Malaysia ke arah yang lebih baik!
Tuesday, May 10, 2011
Usahakan namun jangan abaikan keutamaan!
Jodoh? Asyik-asyik cakap pasal jodoh.. Tak ada perkara lain ke nak bincang?.. Eh, mestilah ada.. Macam-macam perkara lagi yang kita perlu fikirkan.. Islam kan syumul.. Pesanan seorang teman rapatku, kita yang masih belum berpunya ni, perlu berdoa bermula dari sekarang, akan tetapi jangan sampai terabai segala keutamaan.. Maknanya, tak salah fikir tentang jodoh, tapi janganlah mengabaikan pelajaran, menggadaikan jalan untuk kita meraih kejayaan.. Fokus pada pelajaran, gerak kerja islam, tanggungjawab kepada keluarga serta berusaha untuk memperbaiki segala kekurangan diri terutamanya berkaitan dengan akhlak.. Pesanan buat diriku, jangan bimbang andainya tidak rupawan, namun risaulah andai dirimu berakhlak murahan.. Salam pencerahan persepsi terhadap makna di sebalik kalimah JODOH..
p/s: syukran jazilan kepada Angah Afnan yang selalu berkongsi nasihat.. Sungguh ku hargainya..=)
Saturday, May 7, 2011
La Tahzan Puteriku..
Assalamu'alaikum.. Alhamdulillah, kita masih diberi ruang oleh Allah untuk terus berbakti kepada agamaNYA.. Mudah-mudahan..
Benarkah dia jodohku? Itu adalah persoalan yang biasa dilontarkan oleh si puteri sunti.. Rasa keliru dengan petunjuk sama ada melalui mimpi, gerak hati mahupun gerak laku si ajnabi.. Ada juga yang bersilih ganti wajah yang hadir dalam mimpi selepas istikharah ditunaikan.. Jangan bimbang puteriku.. Jodohmu akan tiba apabila tiba waktu, tempat dan kondisi yang tepat.. Teruslah berdoa dan berharap kepadaNYA.. Pada saat ini, teruskan langkah perjuanganmu.. Persiapkan dirimu untuk menjadi isteri solehah dengan menjadi anak yang solehah terlebih dahulu.. Tunaikan hak-hak ibu dan bapamu.. Usah diharapkan yang soleh andai dirimu sendiri masih belum melaksanakan pra syarat untuk menjadi hambaNYA yang solehah.. Peliharalah auratmu, tingkah lakumu, pergaulanmu sesama teman-teman..Perteguhkan jati dirimu sebagai mukminah, kelak keperibadianmu itu akan dapat menjadi qudwah kepada anak-anakmu.. Janganlah sedih andai dirimu lambat bertemu jodoh, kerana Allah ingin mengukuhkan kesabaranmu.. Janganlah risau duhai puteri... Teruslah mantap dengan prinsip hidupmu itu, bercinta hanyalah selepas kahwin.. Teruslah menyakini bahawa setiap kebaikan hanya akan dibalas dengan kebaikan juga.. Allah akan membantu hambaNYA yang berusaha menjaga diri, hati dan maruah peribadi.. La tahzan puteriku..
Subscribe to:
Posts (Atom)