Thursday, August 4, 2011

Syukur itu perlukan muhasabah!

Assalamu'alaikum, selamat kembali menulis buat diri sendiri. Rasa bersalah kepada blog ni. terbiar usang seperti tiada penghuni. InsyaALLAH, kena lebih cakna lepas-lepas ni. Ramadhan Kareem buat semua teman dan taulan. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan mampu memberi kesan yang besar dalam peribadi serta kehidupan kita.
Sebelum menyambut ketibaan bulan yang mulia ini di desa tercinta, diri ini sempat menghabiskan masa bersama beberapa orang adik-beradik usrah sewaktu masih berada di sekitar kawasan Lembah Klang. Rasa gembira, teruja serta sentiasa ceria bila bersama mereka. Adik,Uda dan Ateh.. Sangat rindu pada kalian..
 
Uda..Adik..Ateh.. 
Juga tidak dapat diri ini lupakan, Anje yang diam-diam ubi berisi. Nampak pendiam, tapi sekali keluarkan hujah, sangat bernas tu. Anje bakal terbang ke Jordan bulan 9 nanti.. Selamat membawa semangat Khaulah al-Azwar ye Anje.. :)
Anje bersama teman baikku.. :)
 Sebenarnya bukan mahu bercerita tentang mereka, biasalah.. bila dah rindu, muqaddimahnya selalu begitu. Teringat sewaktu pulang dari Majlis Hi-Tea bersama tetamu istimewa, Dr.Rusni Adam, Mantan Presiden Nisa' Malaysia. Dari KTM Seremban, menuju ke Hentian Putra memandangkan malam itu, akan bertolak pulang ke Terengganu. Sewaktu di dalam train, perasaan bosan mula datang. Maklumlah, tiada teman mahu berbual, berkongsi pandangan. Lama-kelamaan, mata mula kuyu dan akhirnya saya terlelap.Tiba-tiba.. Ya Allah.. apa ni.. hati terdetik cemas apabila merasakan ada seseorang merempuh saya dari tepi. La.. budak kecik rupanya. takpe2.. Saya senyum sahaja kepada si kecil itu. Maklumlah, kita pun pernah melalui zaman kanak-kanak. Dia sedang sihat membesar tu.. Sebab tu aktif.. :) Dia sedang makan biskut yang dihulurkan, mungkin ibunya.Tetapi hati terasa kurang senang kerana ada dua orang pemuda yang bersama-sama si kecil tadi menaiki koc wanita. Ni koc untuk wanita ok! Ya Allah.. kenapalah susah sangat orang lelaki nak ikut peraturan ni.. Selalu ada je yang tersesat masuk sini.
Sewaktu di Stesen KTM UKM, ramai penumpang yang turun. Ruang yang luas bersama penumpang yang sedikit memberi peluang untuk saya memerhatikan keadaan sekeliling. Tiba-tiba baru saya perasan, saya tidak mendengar sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut si kecil tadi. Saya menjadi pemerhati yang setia pada waktu itu. Lantas hati merasa sangat sayu, kerana rupa2nya mereka adalah golongan OKU pendengaran. Istilah sebenar saya tidak tahu. Air mata mula bertakung melihat mereka berinteraksi sesama sendiri melalui bahasa isyarat.. Si kecil comel itu, mendakap cium ibu bapanya saya fikir, semuanya tanpa suara. Meminta itu dan ini, tanpa suara. Senyum kepada saya juga tanpa berkata apa-apa. Hanya senyuman yang mampu meruntun perasaan saya.Masya Allah, tabahnya mereka. Saya sendiri yang pernah beberapa kali ke klinik pakar ENT pun rasa tidak mampu seandainya diuji dengan kehilangan nikmat pendengaran. Petang Jumaat yang tenang, mendatangkan muhasabah yang terbaik kepada diri saya. Benar, antara sabar dan syukur, syukur lebih susah untuk dibuat. Kalau kita merasakan kita susah, ingatlah, masih ramai lagi hamba Allah yang diuji lebih susah daripada kita..
Marilah kita sama-sama bersyukur dengan setiap nikmat kurnia dari Allah. Kita akan merasakan sesuatu itu berharga apabila kita kehilangannya. Sama-sama kita hayati peringatan dari Allah yang menyifatkan 'bal hum adhol' kepada hambaNYA yang tidak menggunakan mata, telinga dan hati untuk mencari keredhaanNYA.. Astagfirullahal 'Azim..Ya Allah..ampunilah keterlanjuranku.. Ya Allah..pilihlah kami untuk bersyukur..
Muhasabah memupuk rasa bersyukur!


Monday, May 16, 2011

Ke arah Malaysia yang lebih baik!

Marilah kita bersama-sama melaksanakan amar ma'ruf dan nahi mungkar.. Cetuskan kesedaran dalam diri untuk mengubah Malaysia ke arah yang lebih baik!

Tuesday, May 10, 2011

Usahakan namun jangan abaikan keutamaan!

Jodoh? Asyik-asyik cakap pasal jodoh.. Tak ada perkara lain ke nak bincang?.. Eh, mestilah ada.. Macam-macam perkara lagi yang kita perlu fikirkan.. Islam kan syumul.. Pesanan seorang teman rapatku, kita yang masih belum berpunya ni, perlu berdoa bermula dari sekarang, akan tetapi jangan sampai terabai segala keutamaan.. Maknanya, tak salah fikir tentang jodoh, tapi janganlah mengabaikan pelajaran, menggadaikan jalan untuk kita meraih kejayaan.. Fokus pada pelajaran, gerak kerja islam, tanggungjawab kepada keluarga serta berusaha untuk memperbaiki segala kekurangan diri terutamanya berkaitan dengan akhlak.. Pesanan buat diriku, jangan bimbang andainya tidak rupawan, namun risaulah andai dirimu berakhlak murahan.. Salam pencerahan persepsi terhadap makna di sebalik kalimah JODOH..

p/s: syukran jazilan kepada Angah Afnan yang selalu berkongsi nasihat.. Sungguh ku hargainya..=)

Saturday, May 7, 2011

La Tahzan Puteriku..

Assalamu'alaikum.. Alhamdulillah, kita masih diberi ruang oleh Allah untuk terus berbakti kepada agamaNYA.. Mudah-mudahan..
Benarkah dia jodohku? Itu adalah persoalan yang biasa dilontarkan oleh si puteri sunti.. Rasa keliru dengan petunjuk sama ada melalui mimpi, gerak hati mahupun gerak laku si ajnabi.. Ada juga yang bersilih ganti wajah yang hadir dalam mimpi selepas istikharah ditunaikan.. Jangan bimbang puteriku.. Jodohmu akan tiba apabila tiba waktu, tempat dan kondisi yang tepat.. Teruslah berdoa dan berharap kepadaNYA.. Pada saat ini, teruskan langkah perjuanganmu.. Persiapkan dirimu untuk menjadi isteri solehah dengan menjadi anak yang solehah terlebih dahulu.. Tunaikan hak-hak ibu dan bapamu.. Usah diharapkan yang soleh andai dirimu sendiri masih belum melaksanakan pra syarat untuk menjadi hambaNYA yang solehah.. Peliharalah auratmu, tingkah lakumu, pergaulanmu sesama teman-teman..Perteguhkan jati dirimu sebagai mukminah, kelak keperibadianmu itu akan dapat menjadi qudwah kepada anak-anakmu.. Janganlah sedih andai dirimu lambat bertemu jodoh, kerana Allah ingin mengukuhkan kesabaranmu.. Janganlah risau duhai puteri... Teruslah mantap dengan prinsip hidupmu itu, bercinta hanyalah selepas kahwin.. Teruslah menyakini bahawa setiap kebaikan hanya akan dibalas dengan kebaikan juga.. Allah akan membantu hambaNYA yang berusaha menjaga diri, hati dan maruah peribadi.. La tahzan puteriku..

Thursday, May 5, 2011

Bermakna hingga tak terkata!

Salam.. Selamat bertemu kembali di laman peribadi ilmi alfauzani..=)

Hah, apa yang bermakna hingga tak terkata tu?
cube teka.. Apa die? Oklah, macam-macam jawapan ada.. jawapannya... ialah... PENGALAMAN HIDUP.. Hidup kita ada suka, ada duka.. Ada gembira, ada sengsara.. Ada senyuman, ada tangisan.. Ada tawa, ada lara.. Yang pasti, ia sangat bermakna andai segalanya disandarkan kepada Yang Esa.. Bukankah muslim terbaik itu merasakan semua yang baik mahupun yang buruk adalah yang terbaik untuk mereka? Mereka memandang semuanya adalah tarbiyah daripada Allah..hmm.. kita pula bagaimana?
Islam ada roda kehidupannya, dan kita adalah pendokongnya.. Maka sewajarnya kita juga mempunyai roda kehidupan.. Terkadang di atas, di bawah dan akan kembali ke atas semula.. Kalau dulu, kita gagah memimpin, sekarang kita pula perlu akur bahawa kita juga berhak untuk dipimpin..Kalau dulu, kejayaan sudah berada di genggaman, sekarang, kegagalan pula yang terpaksa ditelan.. Kalau dulu, kita selalu merasakan kita yang terbaik,tetapi sekarang, kita perlu sedar bahawa, kita bukanlah insan terbaik, akan tetapi sedang melalui perjalanan hidup dengan sebaik mungkin.

Pengalaman hidup.. Macam-macam ada.. Dari mula dilahirkan sehingga sudah boleh menjadi isteri orang!.. Waktu kecil-kecil dulu, hidup ni semuanya indah.. Lumba basikal sampai tercampak masuk parit, panjat pokok kelapa sampai tak tahu cara nak turun balik, main masak-masak menggunakan tanah, pasir, dan sumber alam sekitar, lompat tingkap rumah tinggi.. macam2 ragam lah aku nie.. Semuanya boleh tahan sakit, tetapi semuanya demi pengalaman hidup.. Sakit, selepas tu sengih.. Rasa seronok bila sakit akibat kenakalan sendiri, sebab kalau tak pernah sakit, susah nak hargai sihat..=) betul tak?..
Kehidupan diteruskan lagi.. Mengembara menerokai alam.. Sangat indah alam yang diciptakan, pasti lebih indah Pemilik Sekalian Alam.. Alam persekolahan rendah dan menengah ditempuh.. terus mengutip mutiara hikmah di sebalik universiti kehidupan.. Sewaktu diberi amanah untuk memimpin, baru tahu betapa sukarnya untuk menjadi pemimpin yang baik.. Tak semudah yang disangka.. Bila nama kita sentiasa dipuji dalam kalangan adik-adik dan rakan seangkatan, terus dicantas dan terasa maruah diri diperkotak-katikkan.. Dihukum selepas membuat penilaian mereka sendiri.. Rasa nak lari dari perjuangan, tapi terkenangkan aku berjuang untuk apa dan kerana siapa, terus terdiam.. Teruskanlah juga walau teman tak sehaluan.. Pandangan tak diraikan.. Segala apa yang dibuat pasti mereka tak berkenan.. Mungkin banyak silap diri sendiri.. Muhasabah! Jangan tunding jari pada orang lain.. Kau ingat kau tu bagus sangat ke Che Wan? Diri sendiri yang ada jawapannya..
Tetapi, Allah ciptakan setiap sesuatu berpasang-pasangan. Bila dikritik, pasti ada yang akan membela.. Bila dibenci, pasti akan ada yang menyayangi.. Allah sangat baik kepada kita.. Keluarga kita adalah penguat semangat.. Teman sejati pula sentiasa mencetuskan kekuatan untuk terus berjuang.. Kita berkawan dengan semua orang, tetapi sentiasalah berdamping dengan teman yang sentiasa positif, kelak kita juga akan terkesan dengan keperibadiannya.. Teman yang baik ialah yang dapat menyuburkan kembali perasaan cinta dan rindu kita kepada Allah..=) Pandaikanlah diri mencari teman sejati ye.. :) Aku dikirimkan teman seperjuangan yang baik, seperti Angah Afnan yang sentiasa matang, Achik Mad cotton budd tersayangku, Uda Susu si penghibur, anak-anak usrah, anak-anak istana dan ramai lagi.. Sememangnya kita tak akan mampu menghitung nikmat yang Allah kurniakan pada kita..Sesungguhnya pengalaman hidup adalah suatu perjalanan yang bermakna hingga tak terkata! Sesuatu yang bermakna pasti sangat berharga.. dan sesuatu yang berharga pasti kita akan menghargainya.. Terima kasih Ya Allah.. kerana mengizinkan aku untuk merasai warna-warni dan asam garam dalam kehidupan yang fana' ini.. Aku yakin, segalanya milikMU..

Tuesday, May 3, 2011

Jangan susahkan apa yang mudah..


Salam. Jom berkongsi nasihat.. Buat yang bakal mendirikan rumahtangga islam, hayatilah.. Utamakanlah pandangan Allah, daripada pandangan manusia..