Wednesday, May 22, 2013

Catatan Rindu

Bismillah, walhamdulillah. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah kerana dengan izin, hidayah dan inayah-NYA kita masih dikurniakan nyawa agar terus mengabdikan diri kepada-NYA. Salam dan selawat buat junjungan hati, Rasulullah yang tercinta. Salam ukhuwwah dan silaturrahim diucapkan kepada semua sahabat sahabiah yang sudi menziarahi catatan ini. Jazakumullah khairan jaza'. ^_^

MasyaAllah..terasa begitu lama blog ini terabai. Entry sebelum ini,sewaktu awal-awal masuk sem. Ini dah nak masuk minggu ke-14 dah. Bermakna lagi seminggu akan menjelma 'Study Week' dan kemudiannya Final Exam. Semoga Allah mempermudahkan urusan saya. Doakan kejayaan dunia akhirat saya ya kawan-kawan. *_^ Sesungguhnya, ini adalah catatan rindu.

Ya, rasa begitu rindu untuk kembali seperti dahulu. Bersemangat dan sentiasa menyalurkan semangat kepada teman-teman. Sering positif dengan ujian, yakin ini tanda kasih dan tarbiyah Allah. Berusaha merealisasikan hajat saudara seislam. Adakah nilai-nilai positf ini akan terus terkubur? Sayangnya andai ia terkubur begitu sahaja. Ibarat menanam semaian, belum sempat membesar dengan baik, terus ditinggalkan baja dan seluruh zatnya, serta mengakibatkan ia tidak dapat dimanfaatkan. Yeah!! Allah kan ada! Sila bangkitkan jihad!! Allahu yusahhil..

Rindu pada rumah. Rindu pada sekolah. Rindu pada DQ. Rindu pada orangtua dan keluarga. Rindu pada guru dan taulan. Saya cuba mengubat kerinduan itu, dengan menemani adik sebilik saya ber'musafir' di kawasan Nilai jugak. Kebetulan tiada kelas petang tadi. Huhu, bajet jauh sangat pekan dengan USIM tu.. =) Beliau dalam proses menyiapkan projek 'Business Plan'. Saya menjadi model produk dia. =) Produk dia tak perlukan orang yang cantik jelita, cukup sekadar sebuah senyuman. haha.

Masa makin suntuk. Betapa pentingnya nilai masa dalam kehidupan kita sehingga ada surah khas di dalam Al-Quran. Apa yang ingin saya kongsikan, saya gembira berbicara bersama adik ini. Sefikrah dalam perjuangan, positif atas setiap keadaan, suka dengar IKIM, suka berhiwar dengan saya dalam Bahasa Arab. Malu saya, budak Fiqh Fatwa kurang praktis bahasa arab berbanding dia, siswi Akaun. =)

Kekuatan sesebuah itu adalah saling mendoakan. Syir, doakan kak mie selalu ye. Terima kasih atas keceriaanmu yang tanpa disedari mengundang bahagia setelah 'terluka'. =) Ukhuwwah fillah abadan..