Wednesday, September 14, 2011

Alhamdulillah..

Assalamu'alaikum, bersyukur kepada Allah kerana masih mengurniakan nikmat yang tidak terhitung kepada kita semua..
Alhamdulillah.. Was Syukru Lillah.. atas nikmat usia yg dikurniakan, nikmat kasih sayang sesama ahli keluarga, nikmat kesihatan yang dipinjamkan, nikmat cinta yang dianugerahkan, nikmat masa lapang, dan segala macam nikmat yang dikurniakan kepada kita, yang andai dihitung, pasti kita tidak mampu berbuat demikian.. Syukur Ya Allah..  Ya Allah.. kurniakanlah kasih sayang yang berpanjangan terhadap insan-insan yang ku sayangi kerana-MU..
Dedikasi buat Ma & Abah, semoga Allah merahmati kalian.. Terima kasih kerana telah mendidik kami menjadi insan penyayang.. Buat Along, Abg Khuz, Abg Elly, Kak Anis, Kak Ira, Abg Atif & Kak Ma, terima kasih atas segala kebaikan kalian.. Keluarga kesayanganku, sakitku bisa ku telan, akan tapi sakit kalian, air mataku yang akan menjadi peneman.. Selain Al-Quran & perjuangan, keluarga adalah satu-satunya harta yang paling bernilai buatku.. Kuatkanlah kami sekeluarga Ya Allah.. Kekalkanlah kasih sayang sesama kami hingga ke syurga.. Buatmu teman.. Along Sumaiyah, adik-beradik seperjuangan, anak-anak usrah kesayangan, sahabat handai, para kenalan.. terima kasih atas segalanya.. Teruskan perjuangan kalian..