Friday, September 17, 2010

TarbiyahMu mahal Ya Allah..

Catatan Hidup Seorang HambaNYA


Saat pengkhabaran oleh doktor tentang perkembangan kesihatanku,aku merasakan ajalku makin mendekat...Ya Allah.. aku mencintaiMU.. namun aku khuatir bekalanku untuk menghadapMU masih belum mencukupi..Aku lemah Ya Allah..maka kuatkanlah aku..aku adalah hambaMU yang diuji dengan cara pilihanMU ini..maka Ya Allah..tenangkanlah hatiku dalam menghadapi segala mehnah kehidupan..Redhakanlah aku dalam berhadapan dengan segala ujian..

********************

"Macamana doktor?apa masalah saya kali ni?"

"Dila..InsyaAllah Allah akan tunjukkan penawar terbaik untuk kamu nanti..Tapi kamu kena konsisten makan ubat yang doktor bagi nanti,jaga pantang ye..Ok..sekarang kita tengok keputusannya..Cube tengok Dila dapat berapa markah..secara keseluruhannya,organ2 dalam badan kamu tidak berfungsi dengan baik,menyebabkan sistem tubuh kamu terganggu..Tapi yang krikital sekarang,kamu ada masalah jantung,paru2,pinggang,sakit dada,usus dan tekanan darah kamu..sangat2 rendah.."

"Saya boleh sembuh ke doktor?"

"InsyaAllah Dila,kamu yakin dengan Allah ye..kita ikhtiar dulu.."

"Terima kasih doktor.."

Hari2 yang dilalui mesti berdisiplin dengan ubat..Setiap minggu mesti ke Klinik Homeopati..Alhamdulillah,doktor perempuan yang menjaga agamanya menjadi perawat aku sekarang.. Bukan senang bila diuji begini,jauh dari keluarga..pelajaran terjejas..identiti diri yang sebenar pun menghilang entah ke mana..dalam kepayahan ini,mujur ada teman yang sudi memberi semangat dan menghulurkan pertolongan..Terima kasih Ya Allah..tapi teman2,kalian semua tak akan faham apa yang aku rasa sebab kalian tak mengalami apa yang aku lalui sekarang.. tapi mudah2an kalian tidak jemu bertemankan insan seperti aku..

*****************************

" Salam Dila,ustazah nak jumpa enti di bilik pensyarah jam 11 pagi nanti boleh?"
Mesej ini aku terima sewaktu di dalam kelas tasmi'..Pengirimnya adalah seorang pensyarah yang bukan sahaja pendidik ilmu,tapi juga pendidik keperibadianku..

" InsyaAllah ustazah,nanti ana datang ye.."

*****************************

"Assalamualaikum.."Pintu bilik pensyarah itu ku ketuk penuh tertib.
"Waalaikumussalam,masuk lah Dila.."
"Terima kasih..Ustazah sihat ke?"
"Alhamdulillah,ustazah sihat..Hah,enti sihat ke?"
"Alhamdulillah,ana sihat & sentiasa bahagia dalam dakapan kasih sayang Allah..Hmm..ada ape ustazah nak jumpa ana ye?.."
"Oklah..ustazah tak panjangkan kalam..Hm..Enti dah berpunya ke belum?
Glubbb...pahit rasa air liur yang aku telan ini..
" kenapa ustazah tanya soalan macam nie..?"
" Macam nie,ada seorang ni minta ustazah sampaikan hajat beliau,nak khitbah enti.."
" Boleh ana tahu siapa dia?"
" Enti kenal dia.. Dia pernah duk satu soff kepimpinan dengan enti..enti kenal kan Afif Fakhri?.."

Ya Allah..kenapa aku yang menjadi pilihan mujahid muda itu..Aku terlalu banyak kekurangan berbanding orang lain..

" tapi ana kan sakit ustazah..ada ke orang nak ambil ana jadi zaujah dia..Ustaz Afif tahu tak ana sakit ustazah..?"

" Afif tahu..ustazah rasa dia tahu tentang Dila lebih daripada ustazah.."

" Ustazah...nanti ana istikharah dulu ye..Ana nak minta tolong ummi abi tolong istikharahkan sekali untuk ana.."

" Ustazah harap enti buatlah keputusan yang terbaik untuk kamu berdua..dan untuk agama dan perjuangan kamu juga.."

" InsyaAllah ustazah..ilalliqa'..assalamualaikum ustazah.."
" Waalaikumussalam.."



*****************************

Kaki ini longlai melangkah pulang ke asrama..Terkedu dengan hajat besar yang pertama kali aku terima..Ya Allah..ustaz tu orang hebat..Siapalah aku di sisiMU Ya Allah..

Pergolakan hatiku aku cuba tenangkan dengan solat sunat hajat selepas Fardu Zohor secara berjemaah aku tunaikan di masjid kampus..

2 miggu berlalu...

Ustazah yang pernah menjadi orang tengah itu memanggilku sekali lagi..kali ini,keputusanku tekad..Sepenuh pengharapan aku sandarkan kepada Allah..

" Macamana enti? apa keputusan enti..?"
" Bismillahirrahmanirrahim..ana dan keluarga ana setuju..Tapi ana harap dia tak letakkan harapan pada ana sepenuhnya..
" Alhamdulillah,ustazah tak tahu nak cakap ape lagi..sangat2 terharu.."

3 bulan berlalu...

Prannngg...Sebiji gelas kedengaran pecah..
" Ya Allah.. Dila,kenapa nie.."
" Jom kita bawak dia ke klinik yang dia biasa pergi.."

Waktu tu,aku tak mampu nak bercakap ape2..nak buka mata pun tak larat..cume kedengaran kekecohan berlaku..

"Macamana doktor,keadaan naqibah saya nie.."
"Saya mendapati keadaan pesakit saya nie semakin parah.."
Kelihatan doktor tu sedang cube menguatkan dirinya di hadapan kami..Dila,kamu sudah parah sekarang..(Bla2.....)

Banyak lagi yang dituturkan oleh doktor yang telah ku anggap sebagai ibuku itu,tetapi aku sudah tidak mampu mendengarnya..Aku pengsan...

Air mata ini menitis lagi..Ahli keluargaku sentiasa memberi semangat kepadaku..Aku pada zahirnya nampak sihat & cergas,tapi hakikatnya hanya Allah yang tahu..Melalui orang perantaraan yang aku hormati itu,berkali2 aku cuba memahamkan Ustaz Afif yang aku khuatir tidak dapat meneruskan harapan suci itu..Tetapi ketegasan dia memilihku kerana agamaku menyebabkan dia tidak berganjak dari keputusan asal..Pesanannya,Allah berkuasa di atas setiap sesuatu..

Ya Allah..bantulah aku untuk membuat keputusan yang terbaik.. Wahai mujahidku,andai aku bukan jodohmu,aku yakin mujahidah yang lebih baik sudah tersedia untukmu..

Ya Allah..aku dambakan cintaMU..

No comments:

Post a Comment